Ahad, 1 Februari 2015

APAM MEKAR SENYUM SIMPUL

Resepi apam mekar ni banyak versi, ada yang bubuh eno, ada yang bubuh nasilh... yang penting semua saya dah cuba dan alhamdulillah semuanya menjadi.
apam mekar


Kali ni saya akan bagi resepi apam mekar versi 1 yang menggunakan ovalette yang telah saya cuba. Untuk resepi apam menggunakan eno dan nasi akan menyusul kemudian.

apam mekar

Bahan-bahan :
1 1/4 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu cair
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovalette

Cara membuatnya :
1. Pukul telur sampai kembang menggunakan mixer. Masukkan gula dan pukul lagi.
2. Masukkan ovalette dan pukul adunan lagi hingga gebu.
3. Gaul rata tepung dan susu cair menggunakan senduk kayu.
4. Bubuh adunan ke dalam paper cup kecil dan kukus selama 10 minit.
5. Bolehlah dihidang bersama kelapa parut yang telah dikukus dan digaul sedikit garam.

*Pastikan guna api yang besar supaya apam merekah...


Tiada ulasan: