Isnin, 9 Februari 2015

APAM GULA HANGUS VERY GEBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Sejak akhir-akhir ini rajin pulak meng'apam'...lagi-lagi bila buat sekali terus jadi...berkobar-kobar nak buat lagi...gebu gebas je...rasa pun sedap..

Di sini saya akan berikan resepi apam gula hangus yang sangatlah gebunya...
Selamat mencuba kepada penggemar-penggemar apam sekalian...InsyaAllah resepi ini sekali buat pasti akan jadi walaupun first time membuatnya jika diikut segala sukatan dan cara membuatnya dengan betul...


Bahan-bahan:

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

Bahan B
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara membuatnya:

Bahan A : Cara membuat gula hangus
1. Masukkan 1 cawan gula pasir ke dalam periuk. Masak gula dengan api yang sederhana hingga cair. Masak gula sehingga berwarna perang. Tutup api.
2. Masukkan 1 cawan air panas sedikit demi sedikit. Kacau sebati menggunakan senduk. Buka api kecil sahaja dan pastikan campuran gula hangus cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan sejuk.

* Berhati-hati semasa memasukkan air panas kerana campuran akan memercik /meletup-letup sedikit.Pastikan api telah ditutup sebelum memasukkan air panas dan tuang sedikit demi sedikit.

Bahan B
1. Pukul telur hingga kembang menggunakan whisk.Masukkan minyak masak dan pukul lagi adunan.
2. Masukkan pula marjerin dan susu pekat. Gaul sebati hingga marjerin dan susu pekat sebati sepenuhnya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati dan masukkan soda bikarbonat. Pastikan adunan tidak berketul-ketul.
4. Kemudian masukkan pula gula hangus sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
5. Panaskan pengukus. Tuang adunan ke dalam acuan yang disukai kalau acuan kecil kukus 10-15 minit nak bubuh dalam loyang besar pun boleh tapi kena kukus 30-45 minit. Kalau acuan kecil cukuplah tuang sekadar separuh acuan je sebab apam akan naik mengembang ok...pandai2lah nak agak ye...
6. Siap.


*kalau malas nak buat sendiri bolehlah order ye...

10 ulasan:

Roslinawaty Jaafar berkata...

Tq cik fieza.... akak dah cuba. Mmg menjadi resepi ni. FYI... ni first time akak buat. Siap akak buat tuk jualan dan dah ada yg mengoder... bolehlah tambah pendapatan... terima kasih sangat2 cik fieza atas resepi yg awesome dan mudah ni. Halal kan ilmu yg cik fieza turunkan ni yr......

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

Tq juga kerana sudi mencuba resepi ni...Alhamdulillah menjadi...cubalah resepi yang lain ye...ilmu kan untuk dikongsi...semoga bermanfaat bagi yang perlu...

Ana@zul berkata...

Assalamualaikum... dpt brape biji adunan ni ye sis?

Ana@zul berkata...

Assalamualaikum... dpt brape biji adunan ni ye sis?

Rohana Ramly berkata...

kena perapkan dulu ke sebelum kukus? Terima Kasih

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

Waalaikumsalam....ikut acuan kalau kecik byklah dapatnya...saya selalu guna acuan seri ayu dapat 30 lebih biji...boh separuh je dlm acuan sebab adunan ni mengembang bila dikukus...

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

tak payah kukus je terus...sama-sama

Unknown berkata...

Sis,nak tnya. Sy dh try rsepi sis. Mmg mjdi n sngt2x sdap. Cuma sy nak tnya,knpa bila dh msak apam nie naik tp xsekata? Mkn dh sdap tp bntuk xlawa. Sy slap kat mna ye sis? Hehehehe...

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

Make sure kukus dengan api yang sedang2 je... Sukatan adunan utk setiap acuan mesti sama... Xlawa pun xpe yg penting sedap... Cuba lagi ye...

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

Make sure kukus dengan api yang sedang2 je... Sukatan adunan utk setiap acuan mesti sama... Xlawa pun xpe yg penting sedap... Cuba lagi ye...