Isnin, 9 Februari 2015

APAM NASI KEBABOOM....

Alhamdulillah...masih lagi diberi peluang untuk meng'update' blog hari ni...bukan apa kekadang banyak resepi yang dah dicuba dan sedap pulak tu tapi tulah tak berkesempatan nak selitkan kat sini sebab masa tak mengizinkan...balik kerja keletihan terus melepek jer nak bukak laptop pun tak larat dah...

apam nasi kebaboomm...


Tapi entah kenapa hari ini tergerak hati nak menaip resepi apam nasi...Dulu ingat lagi masa kecik-kecik mak suka buat apam ni colourful gitu biasanya 3 colour hijau, merah & putih...mak pun selalu boh apam dalam acuan yang pelbagai bentuk ada bentuk kura-kuralah, bungalah macam-macamlah pendek kata nak tarik minat anak-anak makan apam yang dibuat tapi tulah kebiasaannya anak-anak tak berapa suka kuih-kuih kukus makan 2,3 biji tak mau dah...

Rupa-rupanya seronok buat apam ni...bahan taklah susah cuma kena perap lama sikitlah...nak mudah buat bancuhan malam dalam pukul 10 ke pastu dalam pukul 5.30 pg bolehlah mengukusnya...yg seronoknya bila bukak pengukus apam naik gebu...merekah kebaboomm gitu...hehe...rasa macam satu kepuasan...

oklah ni resepinya ye...

Bahan-bahannya :
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh yis kering
sedikit pewarna merah dan hijau


Cara membuatnya :
1. Blender sehingga halus gula pasir, nasi sejuk dan air.
2. Satukan yis, tepung beras dan tepung gandum.
3. Campurkan adunan yang telah diblender ke dalam campuran tepung tadi.
Gaul sebati menggunakan whisk.
4. Perap adunan sekurang-kurangnya 3 jam. Saya buat pukul 10 malam esoknya pukul 5.30pg...banyak jam jgk tu...
5. Panaskan kukusan, sapu acuan dengan sedikit minyak.
6. Kacau bancuhan apam dan bahagi 3 bahagian. Satu bahagian putih, satu bahagian merah dan satu bahagian hijau.
7. Sudukan bancuhan apam hingga hampir penuh ke dalam acuan-acuan kecil. Saya guna acuan lompang jer...
8. Kukus dengan api yang kuat selama lebih kurang 15 minit.
9. Siap dan boleh dihidang dengan kelapa parut yang telah digaul sedikit garam dan dikukus sebentar.

SELAMAT MENCUBA!!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Dap nya kalau buat lompang