Rabu, 25 Februari 2015

KUIH LOMPANG COLOURFUL

kuih lompang colourful

BAHAN-BAHAN :
 2 1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 sudu kecil esen rose
1 sudu kecil air kapur
4 cawan air ( 2 cawan masak dengan gula, 2 cawan campur dengan tepung)
sehelai daun pandan

CARA MEMBUATNYA:
1. Satukan tepung beras dan tepung ubi di dalam bekas. Gaulkan sebati bersama 2 cawan air.
2. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan. Biarkan suam.
3. Tuangkan air gula ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
4. Masukkan esen rose dan gaul sebati.
5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan kuning, merah dan hijau.
6. Pasnaskan kukusan. Bila air sudah mendidih , letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit.
7. Tuangkan adunan dan kukus 15-20 minit.
8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: