Rabu, 25 Februari 2015

PUDING ROTI YANG SANGAT MARVELLOUS



 
pudding roti

Bahan-bahan :

6 keping roti gardenia/roti sandwich/roti putih

2 cawan susu segar/susu cair

½ cawan gula kastor

1 sudu besar mentega/marjerin

¼ sudu kecil garam

3 biji telur dipukul sedikit

1 sudu kecil esen vanilla

Sedikit kismis

Sedikit serbuk kayu manis

 

Cara membuatnya :

1.   Panaskan susu seketika dan bila hamper mendidih tutup api.

2.   Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.

3.   Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk.

4.   Masukkan telur dan esen vanilla.Kacau rata.

5.   Masukkan sedikit kismis dan serbuk kayu manis.

6.   Tuang dalam Loyang saiz 8 inci yang telah dilenser dengan mentega. Masukkan Loyang dalam bekas besar yang diisi dengan air panas (kaedah water bath).

7.   Bakar pada suhu 180’c 45 minit @ hingga 1 jam.

8.   Siap. SELAMAT MENCUBA!!!

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: