Rabu, 25 Februari 2015

ROTI KEJU MANIS

roti cheese manis

Bahan-bahan :
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
air sejuk

Bancuh telur, susu pekat dan air jadikan 280ml.
roti chicken floss

5 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil garam
1 sudu besar susu tepung
400gm / 4 cawan tepung roti
100gm/ 1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering (saya guna mauripan)
3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver

TOPPING:
1 biji kuning telur yang dipukul sedikit
parutan keju cheddar
chicken floss

roti yang telah diperap 1 jam

Cara membuatnya :
1. Sediakan besen / dulang besar. Campur semua bahan kecuali campuran telur tadi.
2. Tuang campuran telur sedikit demi sedikit dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau adunan lembik tambah tepung sedikit demi sedikit tepung roti hingga tak melekat.
3. Biarkan adunan 1 1/2 jam.
4. Selepas 1 1/2 jam tumbuk-tumbuk doh untuk buang angina.Uli semula selama 15minit.
5. Bulatkan kecil-kecil dan susun di dalam loyang. Dapat 18 biji doh yang kecil. Susun di dalam loyang yang telah disapu marjerin.
6. Biarkan doh naik sekali ganda lagi dalam 45 minit hingga 1 jam.
7. Sapukan doh dengan kuning telur.
8. Taburkan sedikit gula pasir dan sedikit parutan keju.
9. Untuk roti chicken floss sapukan kuning telur sahaja.
10. Bakar 20-30 minit 180'c. (saya bakar 20 minit api bawah sahaja).
11. Dah siap sapukan permukaan roti dengan marjerin untuk mendapatkan kesan berkilat dan melembutkan roti.
12. Kalau roti chicken floss, sapukan permukaan roti dengan sedikit susu pekat dan taburkan chicken floss di atasnya...
13. Siap dan bolehlah dimakan....Sungguh sedap...

Tiada ulasan: