Khamis, 16 April 2015

AGAR- AGAR SANTAN ROS

Assalamualaikum.... salam 1 Malaysia...

Resepi agar-agar santan ros ni lebih kurang sama je dengan resepi agar-agar gula merah  cuma sukatan gula perlu dikurangkan sedikit.

So, trylah ye ...



BAHAN-BAHAN :
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
5 cawan air
1 cawan gula
2 cawan santan pekat ( saya guna santan kotak kecil dan campurkan air jadikan 2 cawan)
1 biji telur
sedikit sirap perisa ros

CARA MEMBUATNYA :
1. Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih dan gula larut. Masukkan sedikit sirap perisa ros.
3. Gaulkan telur dan santan sehingga sebati. Kemudian tapiskan.
4. Masukkan santan dan kacau. Biarkan mendidih sedikit.
5. Angkat adunan dan tuangkan ke dalam acuan.
6. Sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.
7. Bila dah keras bolehlah potong dan hidangkan.

Tiada ulasan: