Rabu, 22 April 2015

ASAM PEDAS AYAM JOHOR

asam pedas Johor

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
4 sudu besar cili kisar
1 inci halia
1/2 inci kunyit
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci belacan
5 tangkai daun kesum
1 sudu teh asam jawa bancuh dgn 1/2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Air
Sebatang serai yang diketuk
* halia, kunyit, bawang putih, bawang merah, belacan ditumbuk lumat.

Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga baik bau. Masukkan serai dan tumis hingga terbit bau.
2. Masukkan pula cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan air asam dan gaul sebati. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar.
4.Masukkan air, daun kesum, garam dan gula....ketiga2 bhn ni adjust ikut citarasa masing2 ye...kalau nak kuah byk tmbah air banyak kalau nak kuah pekat boh air skit je...
5. Masak hingga ayam betul2 masak dan bolehlah dihidang bersama nasi putih panas, telur dadar & sayur goreng...fuh!!! Sedapnya...yummy

Tiada ulasan: