Rabu, 15 April 2015

NASI AYAM SUPER SEDAP

RESEPI NASI AYAM

Assalamualaikum....

Nasi ayam antara favourite saya dan anak-anak. Selalunya kalau makan kat kedai ada je yang tak menepati citarasa biasanya nasinyalah kadang-kadang  terlalu peroi dan kering. Saya suka nasi ayam yang basah-basah & nampak moist jer... Kalau jalan-jalan atau shopping dengan family kami suka makan nasi ayam di CHICKEN RICE SHOP & TAT NASI AYAM...memang menepati citarasa... tapi kalau dok rumah masak sendirilah memang puas hati dan menepati citarasa sebab bahan kita adjust sendiri.

Hmmm... buat nasi ayam ni memang leceh skit. Walaupun menggunakan seekor ayam untuk bahan utamanya tetapi banyak bahan lainnya dan memang bersilatlah kat dapur tu...tak menang tangan dibuatnya dan hasilnya..wallaa.....puas hati makan...Bila tengok suami dan anak-anak makan penuh selera dan bertambah-tambah, penat memasak tu tiba-tiba hilang. Itulah kesyukuran dan kepuasan sebenarnya.

Ok kat sini saya  kongsikan resepi nasi ayam yang biasa saya buat dan memang kalau hidang kat family atau orang lain sekalipun mesti dapat pujian...ada yang kata "BOLEH BUKAK KEDAI NI".....huhu...jakunlah pulak tapi tulah memerlukan kesabaran ye...ada 6 Bahan yang perlu diberi perhatian daripada cara memasak nasi, kuah dan juga sosnya...Siapa yang nak mencuba bolehlah baca sampai habis ye....Pasti tak menyesal. So, kena tarik nafas panjang-panjang dulu ye....







Bahan A : Memasak nasi

4 cawan beras
4 cawan  air rebusan ayam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan minyak bijan (tak bubuh pun takpe)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan
2 helai daun bawang
1 kiub pati ayam
sedikit pewarna kuning

* bawang putih & halia ditumbuk lumat

Cara membuatnya :
1. Panaskan satu sudu marjerin. Bila dah cair tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditunbuk.
2. Masukkan pula daun pandan & daun bawang. Masukkan pula sos tiram dan minyak bijan. Tutup api.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam rice cooker.
4. Masukkan 4 cawan air rebusan ayam (sukatan air bergantung kepada jenis beras) .
5. Masukkan bahan yang telah ditumis dan gaul sebati.
6. Masukkan pula kiub dan sedikit pewarna kuning.
7. Masak nasi sehingga masak.

Bahan B :  Ayam

1 ekor ayam yang telah direbus sebentar.
* pastikan ayam telah dipotong dahulu. Ikut suka nak potong 4, 6, 8 atau sebagainya.
1 inci halia
3 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih
* halia & bawang putih tumbuk halus

Cara membuatnya : Gaul sebati semua bahan dan perap ayam. Lagi lama lagi sedap. Saya perap
1 jam jer. Goreng @ bakar ayam yang telah diperap.

Bahan C : Sup

Air rebusan ayam
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
1 inci halia
3 biji bawang putih
1 bunjut rempah sup ( biasa guna ADABI)
* halia & bawang putih diketuk sedikit

Cara membuatnya :
Didihkan air rebusan ayam dan masukkan kesemua bahan. Masak seketika dengan api sederhana.

Bahan D : Sos cili
 
6 biji cili merah
4 biji cili padi merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
1 sudu makan sos cili
sedikit garam

cili dan bawang blender hingga halus.

*Masak kesemua bahan hingga agak pekat. Kalau nak cair masak jangan sampai pekat. Gula & garam adjust sendiri ye. Kalau nak sos pedas kurangkan gula.

Bahan E : Sos hitam
Air perapan ayam
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
1 sudu kecil tepung jagung

*Masak kesemua bahan kecuali tepung jagung hingga mendidih. Tambahkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh sedikit air. Masak hingga mendapat kepekatan yang disukai. Adjust rasa kalau rasa tawar boleh tambah sedikit garam ye.

Bahan F : Hiasan
Daun salad
Timun
Tomato

Cuci,potong dan hidangkan....

Siap jugak akhirnya.... SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: