Ahad, 10 Mei 2015

BEGEDIL DAGING



Bahan-bahan :


4 biji kentang sederhana besar - kupas & potong kecil
2 ulas bawang merah - dihiris nipis & digoreng
2 ulas bawang putih - dihiris nipis & digoreng
3 sudu makan daging cincang
Sedikit daun sup- dipotong halus
Sedikit daun bawang - dipotong halus
Garam secukup rasa
1 biji telur- dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng


Cara memasaknya :

1. Goreng kentang hingga sedikit garing.
2. Tumbuk lumat kentang yang telah digoreng bersama-sama bawang goring.
3. Gaulkan bersama daging, daun sup, daun bawang & garam.
4. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
5. Celupkan ke dalam telur yang dipukul.
6. Gorengkan di dalam minyak.
7. Angkat dan toskan.
8. Sedia dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi ambeng dan soto ayam...

Tiada ulasan: