Ahad, 10 Mei 2015

FETUCINI CARBONARA


Bahan-bahan :

250 gm fetucini - rebus hingga empuk

Bahan kuah :

2 sudu makan minyak jagung
1/2 cawan sosej - di hiris
1/2 cawan cendawan butang- dihiris nipis
1 biji bawang besar - dicincang
1 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 biji tomato- potong dadu
1 biji capsicum hijau - potong dadu
sedikit serbuk oregano
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar/ susu cair
sedikit keju cheddar (jika suka)
telur rebus- belah 4

Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan pula sosej, capsicum dan cendawan butang dan tomato. Masak sebentar.
3. Tuang susu dan biarkan mendidih. Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Jika suka boleh tambah kepingan keju cheddar yang dipotong kecil.
4. Masak hingga kuah pekat dan bolehlah tuang ke atas fetucini yang telah direbus tadi.
SELAMAT MENCUBA!!!

* nak lagi mudah beli je kuah putih jenama prego. Hanya tambah air dan masukkan bahan-bahan tambahan....

Tiada ulasan: