Ahad, 10 Mei 2015

MEE GORENG BASAH


Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
1 cawan isi ayam yang dihiris nipis
2 batang fishcake
6 biji bebola ikan- dipotong 2
1 pokok sawi - dipotong kecil
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak masak
2 biji telur
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah - ditumbuk lumat

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam, fishcake dan fishball. Masak sebentar.
4. Masukkan air, sos tiram dan kicap pekat. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan mee  dan sawi kemudian gaul rata. Pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
6. Biarkan telur masak sedikit, barulah dikacau dan digaul rata.
7. Masakkan mee hingga sedikit pekat @ mengikut kepekatan yang disukai.
8. Siap dan boleh dihidang.

Tiada ulasan: