Sabtu, 9 Mei 2015

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum dan selamat petang...



Sejak kebelakangan ni waktu petang panas terik sungguh....time panas-panas macam nilah tekak terasa nak minum ais dan makan benda yang menyejukkan tekak...tengok atas meja ada lagi lebihan roti gardenia breakfast pagi tadi... terdetik hati, bagus jugak kalau buat puding roti...lagipun dah lama tak buat puding ni...makan sejuk-sejuk...walla....nikmat sungguh terasa....

Buat puding ni memang tak susah...bahan pun tak leceh...siapa yang berkenan nak mencuba resepi ni cubalah ye...

Bahan-bahan :

3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan air panas

4 keping roti gardenia putih
3 biji telur
1 cawan air panas
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya :

1. Panaskan 3 sudu makan gula pasir di dalam loyang dengan api kecil. Bila gula dah cair sepenuhnya dan bertukar menjadi perang tutup api. Masukkan 1 sudu air panas dan biarkan campuran mencair sepenuhnya. Biarkan sejuk.

2. Blender roti, telur, susu pekat, air panas, susu cair dan esen vanilla hingga hancur.

3. Tuang adunan yang telah diblender ke dalam loyang yang berisi gula hangus.

4. Panaskan kukusan dan bila air sudah mengelegak kukus adunan 30minit hingga 45 minit. Pastikan adunan ditutup dengan kertas aluminium untuk mengelakkan wap kukusan masuk ke dalam adunan.


5. Angkat dan sejukkan. Lebih sedap lagi simpan puding di dalam peti sejuk dan makan bila dah sejuk.

MEMANG SEDAP!!!

Tiada ulasan: