Sabtu, 9 Mei 2015

SAMBAL SOTONG MARVELLOUS

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Hari ni nak kongsi resepi sambal sotong yang sangat mudah...




Bahan- bahan :
500gm sotong sederhana besar
4 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Sedikit garam
Sedikit gula
3 sudu besar minyak masak
*bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat

Cara- cara :
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih  dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sotong dan biarkan mendidih seketika. Bubuh garam dan gula dan adjust rasanya ye.
* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong jadi liat.



Tiada ulasan: