Ahad, 10 Mei 2015

SOTO AYAM

Assalamualaikum...

Lama tak masak soto...Soto memang famous di selatan tanah air..mana lagi kalau bukan di negeri kelahiranku Johor Darul Takzim...kebiasaannya memang soto dibuat dengan sup ayam tak pernah lagi jumpa soto kuah sup daging kan...kat Kedah ni banyak jugak kedai jual soto tapi tak berapa nak menepati citarasa...yelah nama  soto kuah supnya mesti keruh tapi kebanyakan kedai jual soto supnya cair & jernih macam sup ayam biasa jer..orang kata tak "kick"lah...tak puas makan....nak puas makan kena masak sendirilah yer...walaupun penat sikit tapi berbaloi...



Bahan-bahan :

Ketupat segera - direbus & potong dadu (kalau rajin boleh buat nasi impit sendiri ye)

Bahan hiasan :
Daun bawang & daun sup - dihiris
Kacang tanah goreng secukupnya
Suhun goreng secukupnya
Tauge secukupnya
Begedil daging
Isi ayam secukupnya - direbus & disiat

Bahan kuah :
1/2 ekor ayam

Bahan dikisar kering
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan  jintan putih
1/2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan ketumbar

Bahan dikisar
1 inci halia
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras

1 kiub pati ayam (saya tambah)
1 batang serai- dititik
Rempah sekawan (1 kayu manis, 2 buah pelaga,  6 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang)
Garam secukup rasa
Air  rebusan ayam secukupnya ( saya guna 1 liter air)
3 sudu makan minyak masak


Cara memasaknya :
1. Rebus ayam hingga empuk. Asingkan tulang dengan isi.
2. Panaskan minyak. Tumis rempah sekawan, bahan kisar dan serai hingga naik bau.
3. Masukkan air rebusan ayam dan tulang ayam. Didihkan dan tambah garam secukup rasa.
4. Hidangkan kuah bersama ketupat dan bahan-bahan hiasan lain.


Sambal kicap
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
kicap manis cap kipas udang secukupnya
2 sudu makan gula

Cara membuatnya :
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat.
2. Tambahkan kicap dan gaul rata gula.
3. Hidangkan bersama ketupat segera dan kuah sup...

SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: