Rabu, 24 Jun 2015

NASI AYAM PENYET YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan selamat petang...


Nasi ayam penyet...nama yang cukup unik...first time dengar macam pelik dan teruja nak tgk macamana agaknya rupa nasi ayam penyet ni...teringin juga nak merasanya...

First time  makan nasi ayam penyet ni kat TESCO Tebrau, Johor..tahun 2012...masa tu 'arwah mak' kena operation kat Hospital Sultan Ismail...dekatlah sangat dgn hospital... tu yg biasa makan lunch kat sini...gi kat food courtnya nampak kiosk jual nasi ayam penyet...Nampak macam menarik...so, apalagi order dan try makan...

First time makan not badlah rasanya...nasi putih, ulam-ulaman, tempe goreng,sambal, kuah sup dan ayam penyet...rupanya ayam penyet tu ayam goreng yang telah diperap lama dengan bahan-bahan rempahnya...fulamak memang sedap bau dan rasanya...yang kick juga sambalnya... memang power...pedas dan sedap...dalam hati mesti try google cari resepi...dan Alhamdulillah...dan buat banyak kali dan memang sedap...

Kalau tak silap nasi ayam penyet ni asal resepinya dari Indonesia...tapi dah sampai Malaysia mungkin diubahsuai sikit kot...tapi memang best cukup dengan sumber zat karbohidrat, protein & vitamin...ada nasi, ayam & sayur memang lengkap...

Terbaru masak nasi ayam penyet ni semalamlah...buat untuk buka puasa yang kelima...bila masak ni teringat lagi kat 'arwah mak' sebab nasi ayam penyet mengingatkan masa mula-mula 'arwah mak' dimasukkan hospital dan bermula dari saat itulah hospital seolah-olah rumah kedua baginya...kimoterapi jadi rutin baginya...tetapi...tiada siapa boleh melawan takdir...Allah lebih berkuasa & menyayanginya...3 tahun 'arwah mak' mampu bertahan hinggalah dia pergi jua tanggal 10 Jun 2015...Dari-Nya kita datang, kepada- Nya jua kita kembali...Aku redha...

Sebenarnya ayam penyet ni sesuai jugak makan dengan nasi putih kalau tak berapa gemar nasi ayam...tapi untuk resepi ni nasinya ialah nasi ayam...pergh!!! memang meletop rasanya...

Jom intai resepinya kat bawah ye...


AYAM PENYET

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 8
3 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari daging
1/2 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu kecil garam
sedikit air

Caranya :
1. Rebus ayam 10-15 minit. Toskan ayam.
2. Sangai ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
3. Masukkan semua bahan dan blender sehingga lumat.
4. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan yang diblender tadi. paling kurang 1/2 jam supaya rempah-rempah menyerap pada ayam.
5. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap hingga garing dan masak.
6. Bahan lebihan perapan jangan dibuang boleh dilumur pada tempe dan digoreng.



NASI AYAM

Bahan-bahan :
2 cawan beras - cuci dan toskan
2 ulas bawang putih- ditumbuk
rempah sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
2 sudu marjerin
1 kiub ayam / 1 sudu makan serbuk stok ayam
3 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan - disimpul

Caranya :
1. Cairkan marjerin. Tumis rempah sekawan, bawang putih dan daun pandan.
2. Masukkan beras dan masak sebentar.
3. Masukkan, air dan kiub ayam. Tanak nasi sehingga masak.


SAMBAL

5 biji cili merah besar
5 biji cili padi merah
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji tomato - potong 4
2 cm belacan
1 sudu makan ikan bilis yang telah disiang
1/2 sudu kecil garam
3 sudu makan gula merah (gula biasa pun takpe)
2 sudu makan minyak masak

Caranya :
Goreng semua bahan kecuali garam dan gula hingga separuh masak. Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk blender semua bahan dengan sedikit air hingga lumat.
Panaskan semula minyak gorengan tadi dan masak bahan sambal yang telah diblender hingga pekat dan kering airnya. Perasakan dengan garam dan gula.



ULAM-ULAMAN
kacang panjang- potong 2 inci
tomato - potong nipis
timun - potong nipis
kubis- potong kecil


TEMPE GORENG
Bahan-bahan :   Tempe potong nipis
                         Lebihan perapan ayam

Cara : Gaul sebati tempe dengan lebihan perapan ayam. Goreng hingga garing.



SUP
Panaskan semula air rebusan ayam. Masukkan sup bunjut, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan sedikit daun sup yang dihiris halus. Didihkan sup sebentar. Bolehlah dihidang bersama nasi ayam, ayam penyet, sambal dan ulam-ulaman bersama tempe goreng...memang sangatlah sedap... sehingga menjilat jari...


Tiada ulasan: