Ahad, 7 Jun 2015

NASI TOMATO SUPER MUDAH

Assalamualaikum...




Nasi tomato ialah hidangan yang mudah disediakan. Sedap dimakan bersama dengan lauk ayam masak merah dan acar timun. Tapi sebab anak-anak tak suka makan acar jadi saya campur sedikit carrot ke dalam ayam masak merah tu. Jadi lengkaplah hidangan nasi walaupun hanya ada satu lauk je...

Bahan-bahan :
2 sudu makan minyak sapi
rempah sekawan
4 biji bawang kecil- kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1/2 cawan susu cair
3 cawan beras - basuh dan toskan
3 cawan air
2 biji tomato- kisar dengan sedikit air
1 sudu kecil garam halus

Cara memasak nasi :
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali hingga mencair. Masukkan rempah sekawan dan bahan tumis. Masak hingga naik bau. Tuangkan tomato kisar. Masak sebentar dan tutup api.
2. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, susu cair, garam dan bahan tumisan tadi. Gaul sebati dan masak nasi seperti biasa.
3. Bila nasi dah kering gaul rata untuk pastikan nasi masak sekata. Siap dan bolehlah dihidangkan bersama ayam masak merah.

AYAM MASAK MERAH
 

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng separuh masak
3 sudu makan minyak masak
rempah sekawan
4 sudu makan cili kisar
5 biji bawang kecil- kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 batang serai - kisar
2 biji tomato - kisar
1 cawan susu cair / santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak ayam :
1. Panaskan minyak. Tumis rempah sekawan dan bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan masak sebentar.
4. Masukkan tomato kisar dan santan. Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Hidang bersama nasi tomato. Marvellous!!!

* Kalau tak nak bubuh santan/ susu cair pun boleh. Bubuh air je nak kuah pekat bubuh air sikit je...Saya suka bubuh santan sebab rasa lemak-lemak gitu..







Tiada ulasan: