Ahad, 14 Jun 2015

OH IBUKU...KAU PERGI JUA...



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Setelah 3 tahun menanggung derita akhirnya tanggal 10 Jun 2015 pergi jua seorang ibu yang tercinta...Detik-detik terakhirnya bagaimana menanggung sakit yang teramat sangat, masih terbayang-bayang di ruang mataku...mulut tidak mampu berkata-kata hanya gerakan kecil tangan menunjukkan betapa sakitnya dia...Aku sebagai anak tidak mampu berbuat apa-apa hanya mampu melihat...Begitu kuat semangat mak...tapi Allah lebih menyayanginya...Aku redha...




Pagi Selasa, 9 Jun 2015...itulah suapan nestum yang terakhir buat mak...pada masa itu mak masih sedar walaupun matanya tidak mampu dibuka...hanya anggukan dan gelengan yang mampu dibuat...aku sedaya upaya memujuk mak untuk menelan bancuhan 2 sudu nestumnya...alhamdulillah sedikit demi sedikit dia mampu menghabiskannya walaupun perit rasa tekaknya untuk menelan...Saat itu juga dia membisikkan dengan suaranya yang tersekat-sekat minta dimandi dan disabunkan...dan minta digosokkan giginya...aku menyampaikan hasrat mak kepada abah kerana hanya abahlah insan yang mampu membersihkan mak...tengahari itu abah menunaikan hasrat mak untuk disabunkan...dilap-lap seluruh badan mak dengan sabun, dibilas dan dibubuh bedak...tapi gigi tak mampu digosok kerana mulut mak dah tak mampu dibuka...Selesai mak dibersihkan aku lihat mak diam saja tak bergerak...xseperti biasa walapun badan mak tak bergerak tapi kaki kanannya akan digerak-gerakkan sedikit...Bila dipanggil mak dah tak respon...mak dah tak sedarkan diri...


Hinggalah pada pagi rabu...mak nampaknya semakin tenat...hanya nafasnya turun naik...tiada respon langsung dari mak...hanya gerakan lemah tangan mak sahaja..dalam keadaan itu aku cuba juga menyuapkannya sedikit nestum tapi mulutnya tak mampu dibuka...hanya mampu menyuapkan air sedikit demi sedikit...Dalam keadaan itu aku mengambil saputangan kecil dan mencuci sisa-sisa makanan dimulut mak untuk memenuhi hasratnya untuk digosokkan gigi...tercapai juga hajat mak untuk menggosok gigi...Mungkin dia pun tahu dia akan pergi kerana itu diminta mandi & gosokkan gigi...

10 Jun 2015, bersamaan malam khamis, selepas azan isyak, waktu itu aku baru pulang dari kedai membeli barang dapur kulihat nafas ibuku semakin deras...abah waktu itu baru selesai solat isyak...Masa itu badan mak sudah kaku hanya nafasnya yang keluar dari mulut...Abah menyatakan mak dah nazak dan disuruhnya kami mengucapkan syahadah pada telinga mak...Masa itu air mata tak dapat ditahan-tahan  dan dalam tangisan aku membisikkan kalimah Allah di telinga mak berulang-ulang kali dan tak lama selepas itu mak menghembuskan nafasnya yang terakhir...berakhirlah sudah kesakitan yang ditanggungnya...tapi aku amat bersyukur, aku antara insan terpilih yang berada disisinya saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...Aku redha walaupun rasa begitu kehilangan...perginya juga dipermudahkan....segala2nya mudah hinggalah urusan pengebumian...Semoga Allah meletakkan ibuku di kalangan orang-orang yang beriman...Mak, tenanglah mak di sana...Walaupun mak sudah tiada di dunia ini, tetapi mak akan sentiasa hidup di hati ini...
Al-Fatihah....

Tiada ulasan: