Ahad, 21 Jun 2015

PUDING MILO LAPIS OREO

Assalamulaikum dan selamat petang...

Alhamdulillah, masih diberi peluang bertemu lagi Ramadhan tahun ini...Hari ini masuk 3 hari berpuasa dan hampir seminggu lebih mak pergi menghadap Illahi...Ingatan tak pernah luput padamu mak tapi pemergianmu kuterima dengan hati yang redha...tenanglah mak di sana...



Oklah hari ni nak berkongsi resepi puding milo oreo yang saya buat buat santapan berbuka puasa semalam...first time buat dan Alhamdulillah menjadi...sedap pulak tu...habuan pencuci mulut kami berlima berpuasa dan anak-anak yang baru berlatih berpuasa..



BAHAN-BAHAN :
1 peket agar-agar 8 gm (NONA)
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
4 sudu makan milo
10 keping biskut oreo


CARANYA :
1. Masak serbuk agar-agar dan gula & susu cair hingga mendidih. Kecilkan api.
2. Ambil 2 cawan dan bancuh dengan milo. Bahagi 2 bahagian.
3. Tuang 1 bahagian milo ke dalam acuan dan masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 5 minit dan biarkan sedikit keras.
4. Lapiskan pula dengan bahagian yang putih.Pastikan sebelum melapis cucuk-cucuk bahagian agar-agar milo yang telah keras supaya lapisan melekat. Susunkan pula oreo. Biarkan sedikit keras.
5. Tuangkan pula 1 lagi bahagian agar-agar milo. Sejukkan di dalam peti sejuk. Dah keras boleh hidang.
 

Tiada ulasan: