Sabtu, 20 Jun 2015

SIAKAP KUKUS ASAM BOI


BAHAN-BAHAN :

Seekor ikan siakap saiz sederhana
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - diketuk
2 batang serai - diketuk
5 biji cili padi- hiris bulat
1 biji limau kasturi - ambil jusnya
1 biji tomato - belah 6
5 biji asam boi - rendam dengan 1 cawan air suam
1 1/2 sudu sos tiram
1 sudu teh lada hitam
1 kiub pati ayam
5 helai daun limau purut
sedikit halia - dimayang
sedikit brokoli - potong kecil
sedikit bunga kubis - potong kecil
lobak merah - disagat
cendawan shitake - jika suka
Garam dan perasa secukup rasa.

CARANYA :
Masukkan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga mendidih selama 20 minit. Kalau nak kuah banyak boleh tambah air. Masukkan garam secukup rasa. Siap dan sedap dimakan dengan nasi panas.

Tiada ulasan: