Rabu, 29 Julai 2015

BAHULU KUKUS PUTIH TELUR SUPER SIMPLE

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera

 
 
 


BAHAN A :
500 ml putih telur
300gm gula pasir
1 sudu makan ovalette
1/2 sudu kecil garam

BAHAN B :
100 ml susu cair
50 gm mentega cair
*campur sebati kedua-dua bahan

BAHAN C :
250gm tepung gandum
25 gm susu tepung
1 sudu kecil serbuk penaik(baking powder)
*ayak semua bahan

BAHAN D :
sedikit pewarna merah & hijau



 
 
 


CARANYA:
1. Pukul BAHAN A hingga gebu dan putih.
2. Masukkan BAHAN B berselang seli dengan BAHAN C hingga habis.
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna asal, satu bahagian diwarnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah.
4. Tuang adunan berselang seli hingga habis.
5. Kukus 45 minit.
6. Biarkan sejuk dan bolehlah potong & hidang.


SELAMAT MENCUBA!!!
 
 

Tiada ulasan: