Selasa, 18 Ogos 2015

KACANG BERSALUT YANG MUDAH

Assalamualaikum...



Bahan-bahan :

500gm kacang tanah
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan gula
2 sudu kecil garam
2 biji telur- kocok sedikit
5 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras

Cara membuatnya:
1. Bersihkan kacang tanah.
2. Gaulkan semua bahan kecuali tepung.
3. Masukkan tepung dan gaul sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang hingga warna keperangan dengan api sederhana.
5. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Tiada ulasan: