Ahad, 23 Ogos 2015

KEK COKLAT KUKUS ACUAN KECIL

Assalamualaikum...


 
 
 


Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untuk dibuat...yang penting memang sedap...Kali ni versi acuan kecil sesuai untuk dibuat cenderahati ataupun 'goody'...


 
 
 


Bahan-bahan :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
* masak semua bahan di atas hingga larut dan mendidih. Biarkan sejuk

3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
* ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.

Caranya:
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul 3 biji telur dan esen vanilla hingga kembang.
3. Masukkan adunan serbuk koko yang telah dimasak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati. (Saya guna whisk je).
4. Masukkan pula tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam acuan hingga separuh acuan sahaja.
6. Bila air dan mengelegak, kukus kek 10 minit sahaja dengan api sederhana.
7. Sejukkan dan bolehlah dicurah topping di atasnya.





TOPPING KEK
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu kecil marjerin/ butter

Caranya : Masak dengan api kecil hingga agak pekat. Biarkan suam sedikit baru tuang ke atas kek. Hiaskan kek dengan coklat rice berwarna-warni.


SELAMAT MENCUBA!!!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Music kt website sangat annoying. Please put an option for us to turn it off.

Unknown berkata...

sis.. saya nak tanya,kalau anggaran 920pcs cup goodies,brp byk koko yang kita perlukan,ada sampai 2kg tak sis?.. tq

Fieza berkata...

This is my own blog. It's up to me to put anything song I want.

Fieza berkata...

satu adunan ni dapat 30pcs cup dgn penggunaan 1 cwn serbuk koko. kalau 90pcs dah 3 cwn... kalau 920pcs maknanya 30cwn serbuk koko diperlukan...sorry ye sy tak pernah timbang...

inna berkata...

sis guna bekas size apa resepi nie

Unknown berkata...

Berapa lama boleh bertahan luar peti ais?

Fieza berkata...

Biasanya kek kukus tak tahan lama pada suhu bilik sebab kek moist dan mudah berkulat...dalam 1-2 hari shj...nak tahan lama memang kena simpan dalam peti ais yer...