Khamis, 27 Ogos 2015

KEK PISANG TERSANGATLAH SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


 
 
 
 

Alhamdulillah hari  ni nak menge'post' resepi yang ke-100 dalam blog ni...resepi kek pisang ...memang best kejadian kek ni tak berapa manis dan sangat-sangat moist...stok pisang masak banyaklah pulak...so, blender jer isi pisang tu dapatlah 3 cawan...2 cawan nak buat kek pisang 1 cawan lagi buat jemput-jemput pisang...nak resepi jemput-jemput pisang @ cengkodok pisang boleh klik SINI ye...

BAHAN-BAHAN:

2 cawan pisang yang telah diblender
2 cawan minyak jagung/ minyak masak
2 cawan gula
8 biji telur
2 sudu kecil esen pisang
* 3 cawan tepung gandum
* 2 sudu kecil baking powder
* 2 sudu kecil soda bikarbonat

-Ayak bahan bertanda *
 
Boleh buat separuh adunan je...maksudnya kurangkan separuh setiap sukatan...


 
 
 
 

CARANYA:
1.Panaskan oven 170'c . Oles rata loyang dengan mentega/marjerin/minyak.
2.Putar telur dan gula hingga gebu. Masukkan minyak dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan pula pisang  yang telah blender dan gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati menggunakan senduk kayu/ spatula.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak/mentega tadi.
6. Bakar kek 45 minit . Saya bakar 25 minit dengan suhu 170'c...20 minit lagi dengan suhu 150'c. Bakar api atas dan bawah ye...
7. Cukup 45 minit...cucuk kek dengan lidi@ pisau kalau tak melekat dah masaklah tu kalau lekat maksudnya kena tambah masa membakar ye...

* Loyang saya guna yang besar sikit sebab adunan banyak kalau nak buat separuh adunan guna loyang 9 inci pun dah boleh...


SELAMAT MENCUBA YE!!!

Tiada ulasan: