Khamis, 27 Ogos 2015

KEK RED VELVET KUKUS YANG SANGAT GEBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


 
 
 
 
 
 


Kena masuk list cepat-cepat takut terlupa...try dah buat resepi ni dan menjadi so, perlulah dimasukkan ke dalam koleksi resepi kesayangan...


 
 
 
 


BAHAN-BAHAN:

* 2 cawan tepung kek
* 2 sudu makan serbuk koko
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* secubit garam

*ayak semua bahan

1 cawan buttermilk
(1 cawan susu cair + 2 sudu makan cuka makan dan biarkan 10 minit)

1 1/2 cawan gula halus
30 ml pewarna merah jambu/ merah
1/2 cawan minyak masak/ minyak jagung
1/2 cawan air panas + 2 sudu makan lagi
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

CARANYA:
1. Satukan minyak, gula dan telur. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
4. Oles acuan dengan sedikit minyak, tuang adunan dan kukus 45- 1 jam dengan api sederhana.

*Pastikan air kukusan dah menggelegak barulah kukus kek.


 
 
 
 

TOPPING CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar esen lemon- tak bubuh sebab takde

Putar semua bahan hingga gebu dan likat.  Kalau nak meleleh tambah lagi whipping cream. Kalau takde whipping cream, guna susu cair pun boleh.Hias topping di atas kek. Simpan kek di dalam peti sejuk. Bila nak makan keluarkan dalam peti biar 10 minit baru potong dan hidang. Siap!!!


SELAMAT MENCUBA!!!

4 ulasan:

Unknown berkata...

Hi😊 klau yg telur tu, guna gred apa yee??

Fieza berkata...

Telur gred A

Tanpa Nama berkata...

Kalau pakai resepi yg sama tapi kita bakarkan bole ke sis? Agak2 gebu tak kalau kita bakar?

Fieza berkata...

Boleh jer kalau nak bakar...still gebu jugak...