Jumaat, 25 September 2015

ASAM PEDAS DAGING VERY AWESOME

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha...





Hari ni resepi masih berasaskan daging lembu..almaklumlah sempena raya korban kan...rezeki pulak banyak dapat daging korban...pening nak masak apa dengan daging tu kan...apa kata tukar selera sikit...daging tu masak asam pedas...makan dengan nasi putih dengan telur dadar fulamak! terangkat!..very awesome!!!

BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo @ 500 gm daging lembu - potong kecil
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 keping asam keping
4 cawan air
1 1/2 sudu makan garam
3 sudu makan gula
segenggam daun kesum
1 biji tomato - belah 4
2 batang serai- diketuk
1 senduk minyak masak
* sukatan air, garam & gula ikut citarasa masing-masing ye. Sukatan ni yang saya masak dan menepati citarasa suami & anak-anak.

BAHAN KISAR
15 batang cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci belacan

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama-sama serai hingga terbit minyak. Gunakan api yang kecil dan tumis hingga cili kering benar-benar masak supaya bila makan nanti tak sakit perut(pesan arwah mak).
2. Masukkan pula daging dan gaul sebati. Masak hingga daging sedikit kering barulah masukkan lada hitam. Masak sebentar.
3. Masukkan air, daun kesum dan asam keping. Masak sehingga daging empuk(lembut). Kalau guna pressure cooker lagi daging cepat empuk.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Bila kuah agak pekat bolehlah masukkan tomato dan biarkan lembut sedikit.
5. Siap dan bolehlah hidang bersama nasi putih, telur dadar dan sedikit ulam-ulaman.

* Kalau kuah dah pekat  tapi daging masih belum empuk tambahkan lagi air untuk membolehkan daging benar-benar lembut.Kepekatan kuah agak-agak sendiri ye tapi biasanya asam pedas sedap berkuah sikit...pekat sangat pun tak best...bukan apa boleh hirup kuahnya slurp!slurp! memang awesome..

SELAMAT MENCUBA!!!


Tiada ulasan: