Selasa, 15 September 2015

KEK JAGUNG KUKUS SUPER GEBU

Assalamualaikum dan selamat malam...



Hari ni nak berkongsi satu lagi resepi kek kukus yang telah dicuba dan menjadi dengan gebunya...resepi yang lebih kurang sama dengan resepi kek pisang dan kek carrot cuma penggunaan minyak ditukar dengan buttercup untuk menghasilkan rasa kek yang lebih lemak berkrim...


 
 
 

BAHAN-BAHAN:

1 cawan jagung berkrim
1 cawan gula kastor
3 sudu makan mentega
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik
2 sudu kecil soda bikarbonat


CARANYA:
1. Ayak tepung dengan soda bikarbonat.
2. Panaskan kukusan. Oles loyang dengan sedikit minyak dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan mixer, putar gula, esen vanilla dan mentega hingga kembang.
4. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang dan sebati.
5. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati menggunakan sudu kayu/ spatula.
6. Kemudian masukkan jagung dan gaul sebati.
7. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam dengan api sederhana.
8. Sejukkan dan bolehlah potong dan hidang

* Pastikan air telah mengelegak baru boleh kukus kek.

SENANG KAN!!! SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: