Selasa, 1 September 2015

MEE JAWA YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan selamat petang...







BAHAN A :

1 kilogram mee kuning - celur dan tos
1/2 kilo daging - potong kecil-kecil dan rebus hingga empuk
1 cawan taugeh - celur
daun bawang & daun sup - hiris halus
3 biji cili merah - hiris nipis
3 keping tauhu goreng - goreng nipis
4 biji telur rebus - potong kecil
3 biji limau kasturi - potong 2
sedikit bawang goreng


BAHAN B (KUAH)

1/2 kilogram keledek - rebus dan kisar halus
1 peket kecil serbuk kari daging- bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan cili kisar
air rebusan air secukupnya- ikut kepekatan yang disukai
sedikit minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan kicap pekat


BAHAN KISAR
*4 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
*2 batang serai
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
*1/2 cawan udang kering - rendam dan toskan
- Kisar bahan bertanda * hingga lumat


CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, cili kisar dan pes kari hingga garing.
2. Masukkan keledek yang dikisar. Tambah daging dan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diingini.
3. Masukkan pula garam, gula dan kicap. Biarkan sehingga kuah mendidih dan pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama mee kuning dan bahan hiasan lain.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: