Jumaat, 25 September 2015

SAMOSA INTI DAGING CHEESE SANGAT SIMPLE

Assalamualaikum dan selamat pagi...




Tak susah sebenarnya buat samosa ni...cuma perlu luangkan sedikit masa sahaja di dapur...Resepi paling mudah untuk disediakan sesuai buat santapan pagi dan minum petang...

Tentu raya ni banyak dapat daging korban kan? So daging tu bolehlah amik sikit untuk buat inti samosa ye...kalau takde kena belilah nampak gayanya...

Sebenarnya untuk intinya boleh je guna daging lembu @ ayam sekalipun...guna isi udang pun sedap...

BAHAN-BAHAN

Saya suka guna jenama ni sebab tak mudah koyak...

Kulit popia, inti daging/ udang/ keju mozzarella & gam tepung

Kulit popia
Keju mozzarella parut
1 sudu makan tepung gandum- bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam.

INTI
1 cawan daging cincang/ isi udang cincang
2 ulas bawang merah- tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu makan lada hitam- tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa - saya bubuh 1 sudu kecil
1 sudu kecil KNORR PASTI SEDAP - tak bubuh pun takpe

Caranya:
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang yang telah ditumbuk hingga terbit bau. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging kering. Perasakan dengan garam. Sejukkan.


CARA NAK GUNTING KULIT POPIA


Step 1 : Asingkan kulit popia
    sehelai- sehelai.
Step 2-3: Lipat kulit popia kepada 3 bahagian yang sama besar.
Step 4 : Gunting lipatan kulit popia tadi. Sedia untuk digunakan.


CARA NAK LIPAT SAMOSA


Step 1 : bubuh gam tepung pada hujung kulit popia.
Step 2 :  letak sedikit inti daging/ udang.
Step 3 :  letak sedikit keju mozzarella.
Step 4 -7 : lipat kulit popia seperti dalam gambar.
Step 8 : bubuh gam tepung pada hujung kulit popia.
Step 9 : Kemaskan lipatan untuk menghasilkan samosa berbentuk segitiga. Siap.


Samosa yang telah siap dilipat


*Bila dah siap bolehlah goreng dan hidang.

SELAMAT MENCUBA!!!





2 ulasan:

Unknown berkata...

Mohonn izin utk copy dan buat resepi yer

Fieza berkata...

boleh je...