Selasa, 6 Oktober 2015

APAM BALIK YANG MUDAH DAN LEMBUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


 



Pagi-pagi ni nak berkongsi resepi yang sesuai untuk breakfast ye...apam balik yang selalu kalau kat pasar-pasar malam mesti ada orang jual...apa kata lepas ni try buat sendiri...tak susah mana pun...blend je semua bahan...perap 1 jam pastu masak dah siap...bahan pun yang sedia ada kat rumah ye...


BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula
2 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu makan minyak masak
secubit garam
* ayak tepung dengan baking powder dan soda bikarbonat

INTI
1 tin jagung berkrim
kacang tanah yang dikisar kasar
gula pasir


CARANYA :
1.Blend je semua bahan kecuali tepung gandum. Bila dah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Perap 1 jam.
2. Selepas perap 1 jam, bolehlah masak ye.
3. Ambil kuali non stick, kalau nak apam kecil, guna kuali kecil kalau nak size besar gedabak guna kuali besar pun boleh...tapi saya syorkan guna kuali yang kecillah ye...cepat masak, inti tak meleleh dan senang nak makan.
4. Buka api kecil, tak payah letak minyak pun, senduk satu senduk kecil adunan dan tuang dalam kuali. Tutup 5 minit.
5. Selepas 5 minit, buka penutup kuali bubuh inti jagung, taburkan gula dan kacang kisar tadi. Bubuhlah banyak mana nak ye. Lepas tu lipat apam kepada 2(jadi separuh)  dan masak lagi 5 minit.
6. Tutup api. Hidang dan boleh ngaplah...


SELAMAT MENCUBA!!!


Tiada ulasan: