Selasa, 13 Oktober 2015

CREAM PUFF FILLING KASTARD GEBU GEBAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Cream puff inti kastard antara kudapan kesukaan saya...tapi payah nak jumpa yang betul-betul sedap dan menepati citarasa...first time buat dulu amatlah mengecewakan...masa tengah membakar punyalah naik dengan gebunya tapi bila keluar dari oven, alahai terus lembik cream puffnya...tak tahu silap kat mana... nak kata sukat tak betul tidak jugak, step dah ikut tapi still tak jadi...mungkin resepi tak betul-betul tepat...jadi terus je abaikan resepi tu...


Tapi baru-baru ni cream puff  macam jadi fenomena pulak...sana sini orang post resepi cream puff...tersentuh dan tergerak jugak hati nak mencubanya...googlelah resepinya...banyak dan bermacam-macam versi cream puff tapi hati tertarik dengan resepi yang ini...tak cuba mana taukan...dan akhirnya jadi dengan jayanya juga...cuma untuk suhu dan masa pembakaran kena adjust sendiri...tak boleh bergantung 100% pada resepi...kita pun kena fikir secara logik juga...kalau ikut resepi bakar 30 minit...tapi tup2 keluar oven masih tak garing pandai-pandailah tambah masa membakar ye...dari pengalaman saya sendiri membakar cream puff memerlukan suhu yang agak tinggi sekitar 190'c-220'c...kalau setakat 170'c kejadian cream puff pun tak berapa nak cantik dan rapuh...lembik gitu...try and error ye...





Resepi cream puff ni memang best...rugi tak cuba tau!!!


BAHAN-BAHAN CREAM PUFF
200 gm marjerin
470ml air
300gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

* Kalau cubaan kali pertama lebih baik buat 1/2 adunan je ye...takut tak jadi membazir pulak...kalau confident level tinggi buat je 1 adunan terus..hihi...tapi inshaAllah first time saya buat guna resepi ni terus jadi...tapi jangan lupa mulakan dengan bismillah...

Caranya : Agak rumit juga kaedah pembuatannya...tapi jangan risau... setiap step siap dengan gambar ye...


 
Step 1 : Sediakan tepung di dalam bekas
Step : Masakkan marjerin dan air di dalam periuk dengan api sederhana
Step 3 : Biarkan campuran mendidih dan tutup api
Step 4 : Tuang perlahan-lahan campuran marjerin tadi ke dalam bekas berisi tepung tadi
 
 
 
 
Step 5 : Menggunakan mixer putar campuran tepung dan marjerin
Step 6-7 : Putar hingga adunan sebati dan menjadi suam
Step 8 :  Bila adunan dah suam, masukkan pula telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga sebati
 
 
 
Step 9 : Masukkan esen vanilla
Step 10 : Putar lagi hingga adunan sebati
 
 
 
CARA MASUKKAN ADUNAN KE DALAM PIPING BAG
 
 1 : Piping bag size L
2: nozzle saiz besar pecah 6
3: Masukkan nozzle ke dalam piping bag dan tolak hingga ke hujung plastik
4: Masukkan piping bag ke dalam jug kecil
5 : Masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam piping bag hingga habis dan ikat kemas dihujungnya.
 
 
 
CARA PAIPKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG
 
1 : Alas loyang dengan baking paper
2 : Boleh juga gunakan paper cup
3 : Paipkan adunan kecil sahaja pada loyang sebab adunan akan kembang bila dibakar
4 : Paipkan juga ke dalam paper cup
5 :  First try, saya bakar pada suhu 170'c selama 30 minit - cream puff masih lembik
6: Jadi saya tambah masa bakar 10 minit lagi 200'c- hasilnya cream puff yang garing(berjaya)
 
Untuk loyang seterusnya saya bakar 15 minit pertama pada suhu 220'c dan 15 minit seterusnya 190'c...baru garing dan cantik hasilnya...cream puff saya saiz sederhana besar jadi sesuai dengan masa dan suhu tersebut...kalau size cream puff kecil masa membakar lebih cepat ye...so, pandai2lah adjust...
*Jadi saya dah fixkan suhu 220'c 15 minit pertama dan 190'c untuk 15 minit seterusnya...Lepas ni kalau buat cream puff lagi guna suhu ni je...
 



Ok dah siap cream puffnya sejukkan sebelum disi dengan filling ye...Lebih baik sediakan inti kastardnya terlebih dahulu sebelum membuat cream puff...
 
 
 
 
masak kastard hingga likat dan berkilat ye

 


Untuk inti kastard saya ada 2 resepi... yang satu inti kastard biasa... satu lagi inti kastard cheese (tambahan cream cheese)...ikutlah mana yang berkenan ye...


INTI KASTARD
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula kastor
1 1/3 cawan susu segar/ susu cair
2 sudu teh mentega
1 sudu teh esen vanilla

Caranya : Masak kesemua bahan hingga pekat menggunakan whisk dan api yang kecil. Padamkan api. Masukkan pula esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan biarkan sejuk. Masukkan ke dalam piping bag untuk dipaipkan ke dalam cream puff.


INTI KASTARD CHEESE
1/2 cawan air + 3 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sudu makan gula
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan cream cheese

Caranya : Masak kesemua bahan menggunakan api yang kecil hingga pekat. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam piping bag untuk dipaipkan ke dalam cream puff.

* Kalau adunan kastard rasa sikit sangat, maka doublekan aje sukatannya untuk mendapatkan kuantiti kastard yang banyak ye...


CARA MEMASUKKAN FILLING DAN MENGHIAS CREAM PUFF

Step 1 : Gunting di tengah-tengah cream puff. Jangan sampai putus. Cream puff yang elok kejadiannya, bila digunting bahagian tengahnya berongga(ada ruang kosong) ye...Kalau tak berongga tu maknanya...faham2 jelah ye..
Step 2 : Paipkan inti kastard ke dalam cream puff biar melimpah sikit.
Step 3 : Ayakkan gula icing di atasnya. Kalau ada snow powder lagi best sebab tahan lebih lama. Gula icing ni cepat mencair.
Step 4 : Cream puff sedia untuk dimakan. Yummylicious!!!


Pilihan di tangan anda!!! SELAMAT MENCUBA!!!

4 ulasan:

afzan noor berkata...

Sukanya page awak.. siap ada kelopak2 luruh lagi. Anyway kita amik resepi inti kastard awak tau. Sedap. Tq😉

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

saya pun suka sebab tu boh kelopak2 luruh ni...Tq ye sebab sudi mencuba resepi....

Tanpa Nama berkata...

Nk pnjm resepi ni ye..sll beli je..pasni nk cuba buat sndiri pulak..

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

boleh je...selamat mencuba ye...