Ahad, 18 Oktober 2015

DONUT ALA DUNKIN'S DONUT @ BIG APPLE

Assalamualaikum dan salam Ahad...







Sudah lama teringin nak membuat donut ala-ala Dunkin's Donut ...dengan topping coklat berwarna-warni....Alhamdulillah first time mencuba resepi ni dan menjadi...yang bestnya dah 2 hari, donut masih gebu gebas lagi....lembut gitu...dan saya akan abadikan resepi ni dalam blog ni untuk rujukan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang ingin mencuba resepi ni...tak cuba mana tau kan...jadi,jangan takut untuk mencuba...




BAHAN-BAHAN :

500gm tepung roti
1 paket yis mauripan
100 gm gula kastor
100 gm marjerin
1 sudu kecil garam
200 ml air
4 biji kuning telur (jangan guna putih telur)

*putih telur jangan dibuang nanti boleh buat biskut lidah kucing/ macaroons/ mini pavlova...


CARANYA:
1. Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh licin dan tak melekat pada tangan.Uli lebih kurang 15 minit.


2. Bulatkan doh kecil-kecil lebih kurang 40gm hingga habis ( saya dapat dalam 25 doh). Biarkan lebih kurang 10 minit.


3. Ambil sudu dan tekan di tengah-tengah doh menggunakan belakang sudu. Tekan guna jari pun boleh.


4. Ambil penutup botol air mineral dan buat lubang ditengah-tengah doh. Buat hingga habis.
5. Biarkan doh lebih kurang 15-20 minit.

donut yang siap digoreng

6. Panaskan minyak yang banyak dan goreng donut hingga keperang-perangan.
7. Tos dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah buat toppingnya pulak.

donut yang telah digoreng



TOPPING

Coklat masakan - coklat
Coklat masakan - putih
Coklat masakan - pink (perisa strawberry)
coklat urai
coklat chips
kepingan badam - bakar 5 minit
badam hancur - bakar 5 minit


CARANYA :
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil...kalau rasa coklat pekat sangat tambah sedikit whipping cream hingga mendapat kepekatan yang disukai.(jangan cair sangat ye).Celupkan donut yang telah sejuk tadi. Hiaskan dengan coklat urai/coklat chips dan taburan kacang yang disukai.






SIAP!!! SELAMAT MENCUBA!!!


7 ulasan:

Sk Siong berkata...

sedap.....

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

alala cntiknya..sdp tgk..hihi..

p/s: egg muffin tu kak, boleh je makan asal pandai kira carb ( ikut fasa masing2 kalau diet atkins )

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

Memang sedap...kalah dunkin donut hihi...

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

Dah try buat egg muffin tu...sedap jgk...sesuai benar utk diet atkins...

NORHAFIZAH MISWAN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

sis..mohon ambik resepi ye

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

silakan...