Selasa, 6 Oktober 2015

LASAGNA ROTI DAGING BERCHEESE YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


 
 

 

Roti lapis daging bercheese ala-ala lasagna gitu...kalau guna instant lasagna perlu celur dulukan...yang ni tak payah..guna je roti gardenia atau roti putih jenama lain sekalipun...nak guna roti wholemeal, roti perisa butterscotch pun boleh...ikut citarasa masing-masing ye...saya guna roti putih sebab itu je yang ada kat rumah...Sedap lasagna ni tau...masa penyediaan pun tak lama...cepat, mudah dan sedap!!!


BAHAN-BAHAN :

8 keping roti putih (saya guna jenama gardenia)
1 cawan susu cair/full cream/ fresh milk
1 biji telur
secubit garam
keju parut secukupnya (cheddar & mozzarella)

* Pukul sebati susu cair, garam dan telur. Siat-siatkan roti di dalam bekas dan tuangkan adunan susu tadi. Biarkan hingga roti kembang.


roti disiat-siat

tuang campuran susu dan biar kembang


                                                

Inti daging
 
 
INTI DAGING
200 gm daging kisar
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji kentang - potong cincang
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kari
garam dan penambah perasa secukup rasa

Caranya:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan pula serbuk kari.
2. Masukkan daging dan kentang dan masak sebentar. Gaul sebati supaya daging terlerai dan tidak berketul.
3. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan bahan perasa secukup rasa.
4. Masak hingga kering dan kentang empuk. Angkat dan sejukkan.

CARA MELAPIS LASAGNA
1. Sapu sedikit mentega/marjerin pada bekas lasagna. Tuangkan separuh adunan roti yang telah kembang tadi.

lapisan roti

2. Lapiskan dengan inti daging .Tabur keju parut diatasnya.


lapisan daging

3. Lapiskan pula dengan separuh lagi roti yang telah kembang tadi.


lapis dengan roti dan tabur keju menutupi lapisan roti
 

4. Akhir sekali, tabur keju parut menutupi keseluruhan roti tadi.
5. Panaskan oven 170'c selama 15 minit.
6. Bakar lasagna 30 minit.

lasagna roti siap dibakar

7. Bila dah masak picitkan sos cili dan mayonis di atasnya (jika suka).
8. Siap.Bolehlah dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!




Tiada ulasan: