Isnin, 21 Disember 2015

DONUT CHEESE GEBU

Assalamualaikum dan selamat petang...
 
 




Kebiasaannya donut disalut gula & coklat kan....hari ni nak share resepi donut berintikan keju...ikut sukalah nak bubuh keju apa...tapi pilihan saya adalah keju cheddar dan mozzarella sebab sentiasa ada stok kat rumah...

 
 
 
 

keju yang telah mencair didalam...yummy!!!
 
 

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg tepung gandum
225ml air suam
1 bungkus yis kering 11gm (saya guna mauripan)
6 sudu makan marjerin
3 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
gula kastor untuk salut donut
keju cheddar blok - potong kecil
keju mozzarella blok - potong kecil



CARANYA :

1. Satukan air suam, susu pekat manis, gula dan yis dalam satu bekas dan gaul rata.

2. Tutup campuran yis tadi dan biarkan 15-30 minit hingga kembang(berbuih).
 
 

3. Campuran yis yang telah kembang.



4. Tuang campuran yis ke dalam tepung dan gaul rata.



5. Masukkan marjerin dan garam. Gaul sebati.



6. Uli hingga tak melekat pada tangan. Kalau masih lekat tambah tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang tak melekat pada tangan.



 
 
 
 
7.Tutup adunan dan biarkan lagi 1/2 jam hingga kembang.





8. Tumbuk-tumbuk adunan untuk membuang angin dan uli doh sekali lagi.




9. Bulatkan adunan kecil-kecil lebih kurang 25gm.



 
keju yang telah dipotong kecil
 
 
 

10. Leperkan doh yang kecil, letakkan keju blok ditengah-tengah dan kemaskan semula doh. Buat hingga habis.





11. Biarkan lagi 1/2 jam hingga doh kembang.




12. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.



13. Toskan dan golek donut dengan gula kastor.


14. Siap dan bolehlah dimakan.

SELAMAT MENCUBA!!!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebab apa kena guna air suam?

tiaDa takRifan~ berkata...

Tqvm for the recipe dear. Sy berjaya buat n kwn2 ckp sgt sedap 😊😊😊

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

untuk aktifkan yis...kalau yis yang baik ia akan berbuih kalau tiada tindakbalas bermaksud yis dah rosak. Pastikan masukkan gula pada air suam juga.

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

welcome...cubalah resepi2 lain yang ada diblog ni ye...

Tanpa Nama berkata...

Sy dh ikut mcm resepi hafiza ni tp knpe yea donut daya mcm masam rasa dia lain Macam ker Sb xguna mejerin sy guna buttercup