Khamis, 28 Januari 2016

KARIPAP RANGUP INTI SEDAP

Assalamualaikum dan selamat petang...







Berbagai resepi kulit karipap saya dah cuba tapi tak menepati citarasa di hati...tapi alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya hasilkan kulit karipap yang rangup...rahsianya sukatan tepung mesti betul dan sukatan minyak juga tak boleh lebih...satu lagi, bila mencanai kulit karipap tu mesti nipis barulah rangup...ada org tak suka kulit karipap yang mengerutu bila digoreng tapi saya suka...sbb bila mengerutu confirm kullit karipap tu rangup...terpulanglah pada tekak masing-masing kan...

Selain itu, karipap yang sedap juga bergantung kepada intinya...kalau inti sedap confirm karipap tu sedap...jadi kulit & inti memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan karipap yang sedap...

Kalau kat Johor karipap ni orang panggil epok-epok...biasa tgk mak buat kulit karipap bubuh minyak panas...dan cara itu juga yang saya gunakan untuk menghasilkan kulit karipap yang rangup...bila dah dapat resepi yang tepat jadi saya abadikan di dalam blog ni supaya tak hilang...

Jadi saya akan kongsikan resepi tu di sini...jom kita tengok sama-sama...










BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1/4 cawan minyak masak dipanaskan
Air ais secukupnya



CARANYA:
1. Gaul sebati tepung dan garam di dalam bekas.
2. Masukkan minyak yang telah dipanaskan dan gaul sebati.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat pada tangan.
4. Bahagikan doh kecil-kecil dan buat hingga habis.
5.Ambil satu doh, canaikan nipis dan letak di atas acuan.
6. Letak inti dan tekap menjadi karipap. Buat hingga habis.
7. Panaskan minyak dan goreng karipap hingga garing.
8. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.






INTI KARIPAP

Bahan-bahan :
 6 biji kentang - kupas kulit
 1 cawan ayam/daging cincang
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan gula
Sedikit daun sup - dicincang
2 sudu makan udang  kering - rendam dan tumbuk halus
3 cawan air
1 sudu kecil garam kecil



CARA MEMASAK:
Kentang dipotong dadu




1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi.
3. Tumis hingga naik bau.
4. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
5. Masukkan serbuk kari dan cili kisar. 
6. Masak sebentar hingga terbit minyak.


7. Masukkan pula daun sup yang telah dicincang halus .
8. Masukkan ayam/ daging cincang.
9. Gaul sebati dan masak sebentar.
10. Masukkan pula kentang.
11. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
12. Masukkan pula air dan masak hingga kering. Biarkan sejuk sebelum dijadikan inti karipap.


SELAMAT MENCUBA !!!








2 ulasan:

M S berkata...

saya cari resepi mudah macam ni.. terima kasih ye

NORHAFIZAH MISWAN berkata...

sama-sama....selamat mencuba ye...