Ahad, 24 Januari 2016

LONTONG PALING SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...





Lontong memanglah popular kat Johor tapi kat negeri utara ni payah nak jumpa...tetiba tekak ni terasa nak makan lontong maka dengan kudrat yang ada bersilatlah menyiapkan hidangan lontong untuk santapan tengahari ini...

Resepi step by step akan ditunjukkan bagi kemudahan bersama...hidangan ni jarang- jarang memasaknya masa nak raya je jadi kekadang resepinya terlupa pulak...untuk mengelakkan kerumitan itu maka wajarlah resepi step by step ditunjukkan untuk rujukan diri sendiri...berguna jugak untuk anak cucu nanti...jadi resepi warisan...



BAHAN- BAHAN
Nasi impit - beli yang segera rebus hingga masak




KUAH LODEH (KUAH KUNING)
1 keping tauhu - potong kecil
Fishball - potong 2
Fishcake - potong nipis
1 cawan kobis - potong kecil
1 batang lobak merah - potong kecil
6 batang kacang panjang - potong 2 inci
Fucuk & suhun - rendam dan potong kecil
1 biji cili merah - potong serong
1 biji cili hijau - potong serong
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
1 kotak kecil santan
1 kiub pati ayam


Bahan tumbuk
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering


CARA MEMASAKNYA:



1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili hingga wangi. Masukkan pula 1 sudu makan serbuk kunyit dan tumis sebati.



2. Masukkan sedikit air dan sayur-sayuran,kiub ayam,fishball,fishcake kecuali fucuk & suhun.Tambah air secukupnya dan biarkan mendidih dan sayur lembut.



            3. Masukkan fucuk dan suhun. Masak sebentar.



4. Masukkan santan, garam dan perasa secukupnya.


5. Biarkan mendidih sebentar.

6 Siap dan bolehlah dihidang bersama nasi impit dan sambal udang.







SAMBAL UDANG
Bahan- bahan
20 ekor udang sederhana besar - buang kulit & ususnya
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar - potong bulat
4 biji bawang kecil *
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
* tumbuk lumat
Sedikit asam jawa bancuh dengan 1/2 cawan air
3 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
bahan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak

Cara memasaknya:



1.Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan pula cili kisar dan masak hingga terbit minyak dengan api yang kecil.
3. Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam dan perasa secukupnya. Masak hingga agak pekat.


4. Masukkan bawang besar dan biarkan sedikit layu.
5. Akhir sekali, masukkan udang,gaul sebati dan biarkan masak sebentar.
6. Siap dan boleh dihidang.

* Jangan masak udang terlalu lama nanti overcook dan udang jadi keras...



Tiada ulasan: