Sabtu, 27 Februari 2016

MEE BANDUNG MUAR SEDAP SANGAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...







Cerita pasal mee bandung muar sebenarnya dah lama teringin nak merasa...so, cuti raya cina kebetulan balik muar sepupu kawin... jadi hajat ingin merasa kesedapan mee bandung muar akhirnya termakbul jua...memang sedap mee bandung ni...patutlah kedai mee bandung tu  sedia2 ramai pelanggan...pedas & manis itulah yang boleh di 'describe' berkenaan mee bandung ni...selama ni makan mee bandung macam2 versi tp yg ni bahan tak banyak tapi rasanya memang awesome...

So, hari ni mencuba memasak mee bandung cuma kuantiti cili kisar dikurangkan sedikit memandangkan nak bagi anak2 makan...ingat masa makan kat muar hari tu, anak2 makan bersulam dengan air...pedas banget...
kelentung kelentang (2x) kat dapur...alhamdulillah akhirnya menjadi jugak mee bandung ni... anak-anak & suami memberi komen mee bandung ni lebih sedap dari yang kat kedai...hihi...kembanglah pulak hidung ibunya ni...

BAHAN-BAHAN:
 1 bungkus mee kuning - celur dengan air panas & toskan
*1/2 cawan udang kering
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* kisar halus
1 cawan cili kisar ( kalau nak lagi pedas boleh tambah)
10 ekor udang sederhana besar
6 biji telur
1 cawan kacang tanah - goreng & kisar halus
3 mangkuk air
4 sudu makan gula
2 sudu kecil garam
2 kiub ayam

Caranya:
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan pula air, kacang tanah, gula,  garam & kiub ayam. Biarkan mendidih. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji demi sebiji.Biarkan sebentar hingga telur betul2 masak.

Hidangkan bersama mee kuning, hirisan daun bawang ,daun sup & hirisan lada merah...memang awesome!!!

SELAMAT MENCUBA!!!



Tiada ulasan: