Isnin, 14 Mac 2016

LEPAT PISANG SEDAP

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...






Alahai tetiba tekak ni terasa nak makan pengat pisang...jom buat senang je rupanya..
Dulu selalu tengok arwah mak buat bila teringin makan, arwah mak mesti buatkan tapi sekarang nak makan kena buat sendiri...huhu...rindunya kat arwah mak...


Bahan-bahan :
2 cawan pisang  (lenyek) - saya guna pisang emas
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan susu tepung
2 sudu makan gula pasir/ gula merah
Secubit garam
Daun pisang - layurkan atas api & potong 6 inci x 6 inci)


Caranya:
Gaul semua bahan hingga sebati. Ambil sesudu dan letakkan ditengah daun pisang.  Lipat dan ulang langkah yang sama hingga habis.  Kukus 15 minit. Sejukkan dan bolehlah dihidang.

Tiada ulasan: