Ahad, 13 Mac 2016

PENGAT LABU MANIS

Assalamualaikum dan salam pagi Ahad...













Hari ni nak berkongsi resepi pengat labu yang saya buat untuk minum petang semalam...lemak manis gitu...

Bahan- bahan :

1/2 biji labu manis (potong kecil)
2 sudu makan sagu biji
2 helai daun pandan - simpul
6 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 senduk nasi (rata)gula merah
1/2 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat ( saya guna  1 kotak kecil santan )

* sukatan gula ikut masing-masing. Kalau rasa manis boleh kurangkan kandungan gula.



Caranya:
Masukkan air, daun pandan, gula pasir & gula merah.Biarkan hingga menggelegak dan gula larut.
Masukkan labu dan sagu. Masak hingga labu lembut & sagu masak sepenuhnya.
Akhir sekali, masukkan santan & masak dengan api kecil hingga santan betul-betul masak.
Siap dan bolehlah dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!












Tiada ulasan: