Sabtu, 4 Jun 2016

ALMOND COOKIES @ BISKUT BADAM

Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu....



Masih dalam misi menge'post' resepi-resepi biskut raya.  Kali ni giliran almond cookies.... Sangat rangup.... Orang yang pakai gigi palsu payah skit nak makan biskut ni sebab teksturnya yang sedikit keras....apa2 pun saya suka sebab anak-anak pun suka...








BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula kastor
Sedikit esen vanilla
1 cawan serbuk badam
2 cawan tepung jagung
2  1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Badam cincang -  sebagai hiasan
Kuning telur - untuk glis atas biskut




Ada model biskut pulak... Hihi.... 






CARANYA:

1.  Adun sebati butter, gula & esen vanilla. Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam sedikit demi sedikit.  Uli hingga menjadi doh.
4.  Canaikan doh dan terap dengan acuan yang disukai.
5.  Susun di atas loyang pembakar, gliskan dengan kuning telur dan taburkan sedikit badam cincang.
6.  Panaskan oven 170'c selama 5 minit.  Bakar biskut pada suhu 160' c selama 25 minit.
7.  Biarkan biskut benar-benar sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: