Sabtu, 4 Jun 2016

BISKUT OMBAK RINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sumber dari google


Termasuk dalam list biskut raya tahun ini ialah biskut ombak rindu.... Cam tajuk filem & novel je... Memang pun... Biskut ni sangat popular pada waktu filem ini tengah meletup... Lakonan Aaron Aziz & Maya Karin dalam filem tersebut sangat menyentuh jiwa... Walaupun tahun itu telah berlalu namun saban tahun biskut ni masih tetap popular...

Check it out resepinya yuk....



BAHAN -BAHAN :

Bahan A
250gm butter
160gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN B
230gm tepung gandum
20gm serbuk koko
* ayak kedua-dua bahan
100gm coklat chips
50gm white coklat chips
50gm nestum
Coklat putih & badam panggang untuk hiasan



CARANYA :

1.  Gaulkan butter dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.  Gaul rata.
3. Masukkan bahan B dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
4. Sudukan adunan sedikit dan susun di atas loyang pembakar.
5.  Panaskan oven 170'c selama 5 minit.
6.  Bakar biskut selama 20-25minit pada suhu 160'c.
7. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk pipingkan coklat putih yang telah dicairkan dan hias dengan biji badam.
8.  Biarkan coklat mengeras dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: