Jumaat, 24 Jun 2016

KUIH LAPIS baik punya....

Assalamulaikum dan Salam 19 Ramadhan...



Pagi-pagi ni nak post resepi kuih lapis yang sememangnya best dan terbaik hasilnya... Berkilat & boleh ditanggalkan selapis-selapis.. Banyak kali dah buat cuma tak sempat nak post dalam blog ni... Kalau rajin nak buat hari ni sebagai kudapan untuk berbuka puasa....

Jom intai resepinya...




BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu kecil garam halus
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna merah ros




Caranya:
1.  Gaul sebati semua bahan dan tapiskan.
2.  Bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian warnakan dengan sedikit pewarna merah ros.
3.  Panaskan kukusan.
4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Tuang 1 cawan adunan putih dan kukus selama 5 minit.
5.  Seterusnya lapis dengan adunan merah dan kukus lagi 5 minit.
6.  Ulang lapisan hingga habis dan diakhiri dengan warna merah.
7. Lapisan terakhir kukus lagi selama 20 minit.
8.  5 minit terakhir kukus dengan membuka penutup kukusan.
9.  Biarkan sejuk barulah dipotong dengan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: