Rabu, 22 Jun 2016

SUSHI buat sendiri ye...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...





Sesekali tukar selera kan... Nak makan makanan ala2 timur gitu... Asal makanan ni dari Jepun tapi telah diubah suai mengikut tekak sendiri... Yang penting bahan-bahannya telah dimasak bukan mentah ye...

Rupa-rupanya buat sushi ni taklah susah mana kan... Cuma perlu teliti masa menggulung... Bahan utama tentulah beras pendek yang memang untuk buat sushi dan satu lagi kulit seaweed... Boleh beli kat pasaraya besar tesco/ giant... Tapi harga boleh tahan mahal jugaklah... Tapi berbaloilah sebab sekeping seaweed ini boleh hasilkan lebih kurang 10biji sushi berbanding kalau beli  sushi yang dah siap mahu RM 1 lebih itu kalau kat tescolah tapi... Kalau beli  kat sushi king mahu cecah RM 4 seketul... Lebih mahal daripada tu pun ada...

Jangan kecam ye kalau sushi ni langsung tak sama macam yg original resepi... Kan dah kata tadi ikut tekak sendiri... Wasabi memang tak bubuh sebab tak suka... Tapi kalau tuan/puan nak bubuh dipersilakan...

Ok ni beras yang saya gunakan...

Beras ni beli kat econsave... Peket 1 kg je... Boleh masak byk kali...


Mula-mula kena masak beras dulu...

BAHAN -BAHAN :
2 cawan beras - rendam setengah jam
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
1 sudu makan cuka
* Campur semua bahan dan masak dalam rice cooker.  Sukatan air ikut arahan pada pek beras ye.







Bahan-bahan lain :
Kulit seaweed
Telur dadar
Timun- potong memanjang
Fillet ketam - saya masak dalam pemanggang ajaib dlm 10 minit (celur pun boleh)
Mayonis


Cara menggulung:

1.   Letakkan tikar penggulung dan letak kulit seaweed di atasnya.




2.  Ratakan nasi atas kulit seaweed dan sapukan mayonis.



3.   Susun telur dadar, fillet ketam & timun.


4.  Gulung berhati-hati dan tekan supaya sushi padat.


5.  Potong sushi dengan pisau yang tajam.
6.  Siap dan boleh dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: