Jumaat, 19 Ogos 2016

BINGKA KELADI tersangatlah sedap

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat...






 

Bingka ni dah buat 2 minggu lepas tapi hari ni baru berkesempatan nak share hari ni...Cerita bingka keladi ni bermula apabila 2 minggu lepas ada rakan sekerja bagi keladi yang dah siap kupas lagi....terima kasih bebanyak ye...banyak jugaklah...jadi,separuh saya buat talam keladi dan separuh lagi saya buat bingka keladi dan kek kastard keladi...

Sebenarnya first time buat bingka keladi ni...takut juga tak jadi so, untuk permulaan saya try buat loyang 9 inci je...Alhamdulillah, bila bawa ke tempat kerja, kawan-kawan semua kata sedap so, untuk kali ke-2nya saya buat adunan lebih banyak dan dapatlah seloyang 12 inci...ambik kau...Alhamdulillah sekejap je licin....

Bila dua kali buat menjadi, saya abadikan resepi ni kat sini ye...kot2lah lepas ni ada keladi kan boleh buat lagi....Untuk peminat bingka boleh cuba resepi ni InshaAllah menjadi...




BAHAN-BAHAN:

Keladi - potong dadu & rebus hingga empuk. Sukat dan ambil 2 cawan sahaja
3 biji telur
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil pewarna purple
1 sudu kecil perisa keladi
sedikit bijan





CARA-CARANYA:
1. Panaskan oven 200'c.
2. Blender semua bahan kecuali bijan hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.
4. Bakar satu jam api atas bawah.
5. Untuk adunan loyang 12 inci, saya gandakan adunan dan bakar selama
1 jam 15 minit api atas bawah.
6. Sejukkan dan bolehlah dipotong menggunakan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!!



Tiada ulasan: