Memaparkan catatan dengan label APAM KAMPUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APAM KAMPUNG. Papar semua catatan

Isnin, 31 Ogos 2015

APAM KAMPUNG GULA MERAH

Assalamualaikum dan selamat tengahari...


 
 
 
 
 


BAHAN A:
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
 
* masak semua bahan, sejukkan dan tapis.

BAHAN B :
1 peket yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil gula halus

BAHAN C :
4 cawan tepung gandum
secubit garam




CARANYA :
1. Bancuh BAHAN B dan biarkan 10 minit hingga berbuih. Kalau tak berbuih bermakna yis dah 'expired 'atau dah masuk angin. Kalau guna jugak confirm apam akan jadi bantat ye. Jadi pastikan campuran B akan berbuih.
2. Dalam bekas besar, masukkan BAHAN C. Masukkan BAHAN A sedikit demi sedikit dan kacau sebati menggunakan whisk je.
3. Masukkan pula BAHAN B dan gaul sebati. Tutup dan perap 1 jam.
4.Oles loyang dengan sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan 10 minit. Kukus selama 40 minit.
5. Biarkan sejuk, potong dan hidang bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sediki garam dan gula halus.


SELAMAT MENCUBA!!!