Memaparkan catatan dengan label APAM POLKADOT SUPER CUTE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APAM POLKADOT SUPER CUTE. Papar semua catatan

Khamis, 16 April 2015

APAM POLKADOT SUPER CUTE

Assalamualaikum dunia...salam hari Khamis...hari terakhir bekerja untuk minggu ini....letih badan masih terasa setelah seharian menghadap kerja-kerja rutin yang tak pernah habis...huhu..

Dalam pada menghilangkan kepenatan yang masih bersisa ini diluangkan juga sedikit masa untuk berkongsi resepi apam polkadot yang super cute. Kalau hidang pada kanak-kanak of courselah diaorang sangatlah suka....

Kebiasaannya apam ini saya buat bila mendapat tempahan majlis hari jadi, kenduri cukur rambut, majlis akikah dan majlis-majlis yang melibatkan kanak-kanak tapi tengok mak-maknya pun teruja juga bila melihat apam-apam yang comel ini.

Kepada para-para ibu yang rajin nak membuatnya sendiri untuk santapan anak-anak bolehlah follow resepi ini InshaAllah akan menjadi dengan cutenya....


Bahan-bahan :

Bahan A :
3 biji telur...
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar ovalette


Bahan B :
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
* tepung dan baking powder diayak
pewarna kesukaan
 
Cara membuatnya :
1. Pukul bahan A hingga gebu dan kental.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis dan gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bubuh warna yang disukai. Saya bahagi 5, merah, kuning, hijau, biru, purple.
4. Masukkan adunan yang telah dibubuh warna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan 3/4 ke dlm paper cup. Titiskan dot-dot kecil ke atas adunan di dalam paper cup dengan warna yang berbeza.
6. Kukus 15 minit. Siap.
 
* Kalau nak bubuh inti/filling  di tengahnya pun boleh... masukkan filling yang disukai kaya, jem, bluberry, coklat, strawberi @ lain2 dan bubuh dalam piping bag. Picitkan 1/2 adunan ke dalam paper cup, pastu picitkan sedikit fillingnya ...last sekali picitkan adunan hingga 3/4 penuh. Buatkan dot di atasnya dan kukus 15 minit.