Memaparkan catatan dengan label APPLE PIE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APPLE PIE. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mac 2016

APPLE PIE

Assalamualaikum & salam Selasa...




Mudahnya nak membuat apple pie ni...  Guna kulit pastri puff readymade je... Tak payah susah- susah menguli.. Tapi kalau yang terlebih rajin boleh je buat kulit sendiri..
.inti je kena masak sendiri ye...  Bahan utama epal hijau & kulit pastri frozen je... Bahan lain memang kebiasaannya ada di dapur...


Kulit pastri ni saya beli kat econsave sebungkus ada 10 keping.





Bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat inti. 


INTI

Bahan-bahan :
2 biji epal hijau - kupas kulit dan potong kecil
3 sudu makan gula perang
1 sudu makan marjerin/ butter
Sedikit esen vanilla
1sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu air
Secubit garam
* kalau suka boleh tambah sedikit serbuk kayu manis & buah pala



Caranya:


1.  Cairkan butter. 
2.  Masukkan gula perang & masak hingga cair.  Masukkan pula sedikit esen vanilla dan gaul sebati. 
3. Masukkan epal dan gaul sebati. 
4.  Masak sebentar hingga epal menjadi lembut. Bubuh secubit garam dan gaul sebati. 
5.  Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan masak hingga inti pekat. 
6.  Inti epal yang telah siap dimasak.  Biarkan sejuk sebelum digunakan. 



CARA MELIPAT APPLE PIE


1.  Potong kulit pastri kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dilebihkan sedikit dan dikelar. 
2.  Letakkan 2 sudu kecil inti di bahagian yang tidak dikelar. 
3.  Letak bahagian yang telah dikelar  ke atas bahagian yang telah dibubuh inti. 
4.   Menggunakan garfu tekan keliling pastri. 
5.   Buat hingga habis dan susun di dalam loyang.  Sementara itu panaskan oven 160'c selama 10 minit. 
6.  Sapu bahagian atas pastri dengan kuning telur.  Bakar selama 20 minit. 

* suhu oven ikut oven masing2 ye... Kena tengok lepas 10 minit kalau agak2 nak rentung turunkan suhu ye... Hihi... tp oven saya 160'c bakar 20 minit puff masak elok je... 


Apple pie yang siap dibakar... Sedapnya... Rapuh je... 





SELAMAT MENCUBA!!!