Memaparkan catatan dengan label BIHUN SOTO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BIHUN SOTO. Papar semua catatan

Isnin, 31 Ogos 2015

BIHUN SOTO TERSANGATLAH SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



 
 
 
 




BAHAN-BAHAN:

1 bungkus bihun - celur dan tos
1 ekor ayam - potong 4  dan rebus 1/2 jam
(asingkan dan potong kecil bahagian kepak, kaki dan leher)
rempah sekawan - 1 batang kayu manis, 1 bunga lawang & 2 biji buah pelage
2 batang serai - diketuk
sup bunjut
4 sudu makan rempah soto - bancuh dengan sedikit air
2 kiub pati ayam
1 sudu makan Knorr pasti sedap (tak nak bubuh pun tak apa)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
4 mangkuk air rebusan ayam
*6 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia


HIASAN
daun sup & daun bawang - potong kecil
bawang goreng
taugeh - celur
sambal kicap
begedil daging
isi ayam yang telah dicarik-carik halus



CARANYA :
1.Asingkan isi ayam dengan tulang.
2. Blender hingga lumat bahan bertanda * (bawang merah, bawang putih & halia).
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar rempah sekawan dan serai. Masukkan pula bahan yang telah diblender tadi dan tumis hingga wangi.
4. Masukkan pula rempah soto dan masak hingga terbit minyak. Masukkan pula bahagian ayam yang telah dipotong kecil tadi dan masak sebentar.
5. Kemudian, masukkan air, tulang ayam, sup bunjut, kiub ayam dan biarkan mendidih.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk pasti sedap.Biarkan mendidih lagi dengan api yang perlahan lebih kurang 30 minit lagi.
7. Hidangkan bersama bihun dan bahan hiasan lain.

* Garam dan air adjust sendiri ye ikut citarasa masing-masing.


Untuk resepi sambal kicap boleh klik SINI dan untuk resepi begedil daging boleh klik SINI.



SELAMAT MENCUBA!!! memang renyah sikit tapi berbaloi sebab tersangatlah sedap...