Memaparkan catatan dengan label BISKUT RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISKUT RAYA. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mei 2020

BISKUT CIPS COKLAT SUKATAN CAWAN

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

BISKUT CIPS COKLAT

Biskut cips coklat sukatan cawan....gaul-gaul jer...tak payah guna mixer pun...selalunya buat biskut kalau tak jadi ia akan mengembang dan penyek kan...tipsnya senang jer...lepas dah gaul semua bahan-bahan tu kena simpan dalam peti ais selama 1 jam barulah boh dalam tray/loyang sebelum dibakar...

Satu lagi tips, sebelum bakar cookies,pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu 180'c selama 5-10 minit dahulu...turunkan suhu skit barulah dibakar yer...suhu ikut kesesuaian oven masing-masing....tips ketiga,letak rak di tengah-tengah masa sedang dibakar dalam oven...api mesti atas bawah...kalau oven ada fungsi fan,laraskan function tu supaya biskut masak sekata...biskut dah sejuk baru masukkan dalam telap atau balang...kalau masukkan panas-panas nanti biskut cepat lemau...

Biskut dah sejuk,baru masukkan dalam balang..


Jom kita intai resepinya...




Isnin, 20 Jun 2016

BISKUT MUTIARA MERAH @ RED PEARL lagi...

Assalamualaikum dan salam ke-15 ramadhan...






Kenapalah asyik post resepi biskut yang sama... Actually dah ada dalam list blog tapi...  yang ni lebih details dengan sukatan bahan yang lebih memudahkan...  banyak juga gambar diselitkan sekali untuk memudahkan sesiapa sahaja yang teringin cuba membuat biskut ni...






BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
1 cawan gula kastor
2. 1/2 cawan tepung gandum
2   1/2 cawan cornflakes - ramas kasar
1/2 cawan badam keping / badam cincang pun boleh...
1 cawan coklat cips
1 sudu kecil esen vanilla
Ceri merah - potong memanjang sebagai hiasan



CARANYA:




     
                                                1. .  Gaul sebati butter dan gula kastor.
   .                                              2.  Masukkan esen vanilla dan gaul lagi.





3. Masukkan tepung gandum, cornflakes, badam & coklat cips.  Gaul sebati. 


4. Sudukàn dan susun di atas loyang pembakar. 

5.  Hiaskan dengan cili merah.
6. Bakar 20 minit pada suhu 150'c.


7.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!!!

TART EPAL GULUNG hijau yang sungguh menawan kalbu

Assalamualaikum dan syukur ramadhan....


Hijaunya sungguh menawan kalbu... Sungguh gebu tart ni... Tak rugi mencuba... Letih membuat sedap dimakan...

Jom buat... Saya dah... Anda bila lagi... Hihi....

BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
3 sudu makan susu pekat
2 sudu makan minyak sapi
Sedikit esen vanilla
Sebiji telur
3 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung jagung
Sedikit pewarna hijau epal
Kuning telur +sedikit air+pewarna kuning (sebagai gliss)





Jem epal
6 biji epal hijau
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
Secubit serbuk kayu manis
Sedikit pewarna hijau
* Blender epal dengan sedikit air.  Masak epal yang telah diblender bersama gula, pewarna hijau dan serbuk kayu manis.  Masak hingga hingga kering dan likat. Biarkan sejuk. Apabila dah sejuk,  bulat-bulatkan jem supaya mudah digulung ke dalam tart.



Cara membuat adunan tart:
1.  Gaul sebati butter, minyak sapi, susu pekat dan esen vanilla.
2.  Masukkan pula telur dan gaul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan semua jenis tepung dan uli hingga menjadi doh.
4.  Letak sedikit pewarna hijau dan uli sekata.
5. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan tart.
6.  Tekan adunan lebih kurang 3 inci, letakkan jem epal dan gulung kemas. Sapukan di atasnya dengan kuning telur.




7.  Susun di atas loyang pembakar.





8.  Bakar selama 25minit pada suhu 160'c.




9.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Ahad, 19 Jun 2016

Oh TART BLUEBERRY pujaan hatiku...

Assalamualaikum dan syukur ramadhan... Syukur alhamdulillah masih diberi peluang bertemu lagi bulan yang mulia ini...





Aduhai nama kuih.... Pujaan hatiku... Hihi colour favourite tu... Senang je buat biskut ni cuma leceh skit bila bab nak membulat2kan jemnya.... dan... Jenuh jgklah tangan nak menekan adunan tart ni... Tapi demi kepuasan diri, ku gagahkan jua membuatnya tahun ini...




BAHAN -BAHAN :
1 cawan butter/ 4 sudu makan butter
3 sudu makan susu pekat
2 sudu makan minyak sapi
Sedikit esen vanilla
Sebiji telur gred C
3  1/4 cawan tepung gandum (cap ros lagi bagus)
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung jagung
Sedikit pewarna purple


Blueberry filling secukupnya - bulat-bulatkan
Coklat putih - cairkan (sebagai hiasan)



CARANYA:
1.  Gaul sebati butter, susu pekat, minyak sapi dan esen vanilla.
2.  Masukkan pula telur dan gaul sebati.
3.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.  Uli hingga menjadi doh yang lembut. Letakkan sedikit pewarna purple dan uli hingga warna sekata.
4.  Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tart gulung.  Tekan adunan hingga lebih kurang 3 inci.
5.  Letak blueberry filling dan gulung kemas. Susun di atas loyang pembakar.


6.  Bakar pada suhu 160'c selama 25minit.



7.  Bila dah sejuk hiaskan dengan coklat putih jika suka.




8.  Simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

BISKUT TART BUNGA

Assalamualaikum dan salam ramadhan...





Biskut tart bunga...cute je biskut ni... Jom check bahan-bahannya...




BAHAN-BAHAN :
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan butter
2 sudu makan gula icing
1 cawan + 4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan susu tepung
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
jem nenas/jem blueberry secukupnya- bulat-bulatkan


CARANYA:
1.  Gaul sebati minyak sapi, butter dan gula icing.
2.  Masukkan pula telur dan gaul sebati.
3.  Masukkan tepung gandum, susu tepung, tepung kastard dan tepung jagung.


4.  Uli hingga menjadi doh.
5.  Canaikan adunan setebal lebih kurang 5mm.  Terap dengan acuan tart bunga.


6.  Susun di atas loyang dan letakkan di atas tart dengan jem nenas.


7.  Bakar selama 15 minit pada suhu 150'c.
8.  Biarkan sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!!!

BISKUT ALMOND LONDON Lagi....

Assalamualaikum dan salam ke- 14 ramadhan... Dah 2 minggu umat islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia berpuasa...





So,  hari ni nak update resepi biskut almond london yang saya buat semalam... Satu adunan dapat 182biji... Tu buat besar2 jgklah kalau kecil-kecil mesti dapat lebih... Yang penting puas hati dengan hasilnya... Maklumlah skill membuat biskut setahun sekali ..Nak buat lagi next year pulaklah... itupun kalau ada kerajinan hihi...



Biji badam yang telah dibakar terlebih dahulu


Bahan-bahan :
1 ketul buttercup/250gm
6 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Sebiji telur - guna telur gred C & B je.Kalau guna A ambil kuning telur je ye...
3 1/2 cawan tepung beserbuk penaik (self-raising flour)
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
4 sudu makan serbuk badam
Biji badam - sangai / bakar (saya bakar 100'c selama 30 minit)
Paper cup hitam secukupnya



Coklat masakan yang telah dicairkan


Badam cincang yang telah dibakar


Topping

200gm coklat masakan (saya guna jenama mak nona)
1 sudu kecil minyak masak
* cairkan dengan kaedah double boiler
Jumlah coklat masakan yang saya gunakan utk 182 biji biskut ini ialah 600gm iaitu 3 bar coklat masakan. Saya cairkan satu2.... Dah habis baru cairkan lagi... Takut membazir...
Badam cincang secukupnya (bakar 100'c selama 10 minit)




Caranya:
1.  Gaul rata buttercup, susu pekat dan esen vanilla.  Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan pula telur dan gaul sebati.
3.  Masukkan 2 cawan tepung self-raising, serbuk badam , tepung jagung dan tepung beras.  Gaul sebati.

                    4.  Masukkan baki tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.





5.  Ambil sedikit adunan, masukkan sebiji badam dan buat bentuk bujur.  Buat hingga habis dan susun di atas loyang.



                                         6.  Bakar pada suhu 150'c selama 25-30minit.


                                      7.  Biarkan biskut sejuk. Masukkan ke dalam paper cup.


8.  Curah dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan sedikit badam cincang.



                                                 9.  Biarkan coklat mengeras.



10.  Simpan di dalam bekas kedap udara. 
   




SELAMAT MENCUBA!!!


Sabtu, 4 Jun 2016

BISKUT OMBAK RINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sumber dari google


Termasuk dalam list biskut raya tahun ini ialah biskut ombak rindu.... Cam tajuk filem & novel je... Memang pun... Biskut ni sangat popular pada waktu filem ini tengah meletup... Lakonan Aaron Aziz & Maya Karin dalam filem tersebut sangat menyentuh jiwa... Walaupun tahun itu telah berlalu namun saban tahun biskut ni masih tetap popular...

Check it out resepinya yuk....



BAHAN -BAHAN :

Bahan A
250gm butter
160gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN B
230gm tepung gandum
20gm serbuk koko
* ayak kedua-dua bahan
100gm coklat chips
50gm white coklat chips
50gm nestum
Coklat putih & badam panggang untuk hiasan



CARANYA :

1.  Gaulkan butter dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.  Gaul rata.
3. Masukkan bahan B dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
4. Sudukan adunan sedikit dan susun di atas loyang pembakar.
5.  Panaskan oven 170'c selama 5 minit.
6.  Bakar biskut selama 20-25minit pada suhu 160'c.
7. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk pipingkan coklat putih yang telah dicairkan dan hias dengan biji badam.
8.  Biarkan coklat mengeras dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!