Memaparkan catatan dengan label BISKUT RAYA LAGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISKUT RAYA LAGI. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Jun 2016

MAZOLA COOKIES @ BISKUT KACANG TANAH

Assalamualaikum dan salam bersiaran lagi....




Dah alang-alang post resepi biskut green peas apa kata post sekali resepi biskut kacang tanah pulak.... Biskut ni evergreen sangatkan bila time hari raya... Hatta hari- hari biasa pun orang suka makan...

Jom check resepinya....

BAHAN- BAHAN :
1 cawan kacang tanah yang telah dikisar- make sure kacang tu sangai dulu.
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan minyak mazola
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
Kuning telur- untuk sapu atas biskut


CARANYA:
1. Gaul sebati semua bahan kecuali minyak.
2.  Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
3.  Bulatkan kecil-kecil dan susun di atas loyang.
4.  Gliskan dengan kuning telur.
5.  Panaskan oven 170'c selama 5 minit.
6.  Bakar biskut selama 20-25 minit pada suhu 160'c.
7.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

GREEN PEAS COOKIES

Assalamualaikum dan selamat malam...



Mata masih belum mengantuk walhal jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi.... Excited bebenor nak update resepi biskut- biskut raya.... Hihi...  padahal nak save data kan.... Internet burung hantu katakan...

Nak share pulak resepi biskut green peas ni.... Memang sedap macam biskut kacang tanah/ mazola cuma yang ni guna tepung kacang peas.... Jangan silap beli tepung kacang hijau pulak...nak beli kat ne... Belilah kat kedai jual barang-barang biskut & kek ye sebab kat kedai2 runcit biasa waima kat pasaraya besar pun memang tak jual tepung ni....


BAHAN -BAHAN :

1 cawan tepung kacang peas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak mazola
Kuning telur+ sedikit pewarna kuning - untuk glis atas biskut.


CARANYA :
1.  Gaul semua bahan kecuali minyak.
2.  Masukkan pula minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3.  Bulatkan kecil- kecil dan susun di atas dulang pembakar.  Gliss dengan kuning telur.
4. Panaskan oven 170'c selama 5 minit.  Bakar biskut selama 20-25 minit pada suhu 160'c.
5.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

BISKUT SARANG SEMUT

Assalamualaikum & selamat malam....





Biskut sarang semut.... Masa kecik-kecik kalau time raya memang suka makan biskut ni... Dulu mana ada kuih yang canggih2 macam sekarang... Dulu time raya mesti ada biskut tart, batang buruk, semperit... Kuih almond london hebatlah dulu se'glamour' biskut Mama carey .... Kalau gi raya rumah orang yang hidang kuih dengan paper cup macam jakun je tengok sebab arwah mak selalu buat biskut yang terap2 & pam2 je.... So,  kalau ada biskut ni memang cekut dulu... Cekut tu benda pe?  Hihi.... Cekut tu maknanya 'grab' ... Kalau tak faham jugak pi cari dictionarylah...

So bila dah ada anak teringin cuba buat biskut ber'paper cup' ni.... Walaupun biskut ni tak
 se 'glamour' zaman kegemilanganya time raya dulu-dulu at least kita boleh tunjuk biskut ni kat anak cucu kita kan.... Resepi disimpan untuk rujukan & kenangan.



BAHAN - BAHAN :

150gm butter
50gm gula icing
Sedikit esen vanilla
150gm tepung gandum
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
Coklat rice untuk hiasan
Paper cup secukupnya
* ayak tepung gandum, tepung kastard,  tepung jagung & baking powder.



CARANYA:
1. Adun sebati butter, gula icing dan esen vanilla.  Adun2 manja je guna senduk kayu.
2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3.  Parut doh ke dalam paper cup dan taburkan coklat rice.
4.  Panaskan oven 170'c selama 5 minit. Bakar biskut selama 20-25 minit pada suhu 160'c.
5.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Jumaat, 3 Jun 2016

BISKUT RED PEARL

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Resepi biskut yang sangat mudah untuk dibuat.... Rajin tak rajin je.... Kalau malas tak dapek den nak menolong wei.... Gaul2 je, tepek2 atas loyang, bakar & siap.... Senang banget...


BAHAN - BAHAN :

150 gm butter
75 gm gula kastor
150gm tepung gandum
50gm coklat chips
60gm cornflakes
25gm almond strips
Sedikit esen vanilla
Ceri merah - potong memanjang



CARANYA :

1.  Satukan  butter dan gula.  Gaul rata dengan senduk kayu.
2.  Masukkan tepung dan gaul rata.
3.  Masukkan coklat chips,  cornflakes, almond strips dan esen vanilla.  Gaul sebati.
4.  Sudukan atas loyang pembakar.
5.  Hiaskan dengan hirisan ceri.
6.  Panaskan oven 170'c selama 5 minit.
7.  Bakar biskut 160'c selama 20-25 minit bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.
8.  Angkat dan sejukkan.  Simpan di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!!!

SEMPERIT NUTELLA

Assalamualaikum dan selamat malam...




Ramadhan semakin hampir... Maka kerinduan semakin terasa dengan arwah mak...  yelah.... Tahun lepas terasa sangat bila mak meninggal disaat bulan ramadhan hampir tiba... Sekejap je masa berlalu... Hampir setahun mak meninggalkan kami... Dan hampir setahun jugalah abah tinggal keseorangan... Kesian abah...

Ok ter 'emo' lah pulak.... Yelah biasa bila buat biskut raya mesti buat lebih sebalang khas untuk mak... Dan arwah mak pasti akan rasa setiap satu jenis biskut... Mestilah mak akan kata sedap... Hihi... nak jaga hati anak kan...rindu sangat saat2 itu... Namun kini hanya tinggal kenangan... Moga mak tenang di sana... Al-fatihah...

Sebenarnya nak berkongsi resepi semperit Nutella... Semperit je pun... Nama tak sedap langsung kan... Kenapalah namanya semperit kan... Tak padan langsung dengan rupa... Comel bebenor... Orang kata ' Don't judge a book by its cover'.... Tapi sesetengah orang panggil semperit ni biskut dahlia.... Biarlah nama apa pun kan yang penting sedap...


BAHAN-BAHAN :

1/2 cawan butter
5 sudu makan susu pekat
Sedikit esen vanilla
1 sudu makan tepung kastard
2 cawan tepung jagung
2 sudu makan nutella
1 sudu makan serbuk koko

CARANYA :
1.  Kacau sebati butter, susu pekat & esen vanilla.  Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan tepung kastard & 1 cawan tepung jagung dan gaul sebati.
3.  Masukkan pula 1 cawan lagi tepung jagung dan uli hingga jadi doh.
4.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian.
5.  Satu bahagian tambah dengan 2 sudu makan nutella & 1 sudu makan serbuk koko. Adunan akan jadi sedikit lembik jadi tambahkan 1 sudu makan tepung jagung lagi.
6.  Satu bahagian lagi biarkan warna asal atau boleh bubuh colour yang disukai.
7.  Ambil sedikit doh asal dan cantumkan dengan doh nutella.
8.  Masukkan dalam acuan semperit yang disukai. Kalau guna acuan pecah 11 atau pecah 16 bunga yang terhasil lebih comel.
9.  Tekan di atas loyang pembakar yang telah disapu dengan butter/ dialas baking paper. Tujuannya untuk elak biskut lekat kat loyang tu.
10.  Hiaskan di atasnya dengan chocolate chips/ ceri/ manik.
11.  Panaskan oven 170'c lebih kurang 5 minit.
12.  Bakar biskut pada suhu 160'c selama 20-25 minit.
13.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

TART BLUEBERRY GULUNG

Assalamualaikum...



Nak share resepi tart blueberry gulung pulak... Salah satu cookies favourite saya sebab rasa dan colournya... Of courselah sebab 'purple is my favourite colour'.... Nampak warna purple tak nampak colour lain dah....

BAHAN-BAHAN :

250 gm butter
2 sudu makan gula kastor
1 biji telur
2 sudu makan susu tepung
1 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
3 1/4 cawan tepung gandum
Pewarna purple
Inti blueberry - bulat-bulatkan
Coklat putih sebagai hiasan


CARA-CARANYA:

1. Pukul sebati butter & gula.
2.  Masukkan telur dan pukul sebati.
3.  Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
4.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
5.  Ambil sédikit doh, masukkan dalam acuan tart dan picit lebih kurang 3 inci.
6.  Masukkan inti blueberry dan gulung kemas.
7.  Bakar 160'c selama 20 minit hingga masak.
8.  Biarkan sejuk dan hiaskan dengan coklat putih.
9.  Biarkan coklat mengeras dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

CRUNCHY CARAMEL ALMOND @ BISKUT FLOURENTINE

Assalamualaikum dan salam bersiaran....hihi...














Nama biskut ni cam canggih je....macam nama orang pun ada.... tapi sebenarnya Flourentine tu nama tepung yang digunakan untuk menghasilkan biskut yang sangat crunchy ni...mewah sungguh dengan taburan kekacang yang mahal-mahal tu...memanglah sedapkan...sebab tu lah jgk harga cookies ni memanglah mahal ye sebab harga bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cookies ni sememanglah mahal....so, kalau nak puas makan buat sendirilah ye...berbaloi dapat banyak.......
tapi..... kalau dah malas tu menguasai diri, sediakan duit , order je...
senang kan....
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung Florenta
200gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20gm bijan hitam/putih
- Timbang semua bahan guna penimbang. Penimbang digital lagi tepat.
* Bahan-bahan tu semua boleh dibeli di kedai bahan-bahan membuat kek & biskut ye terutamanya tepung tu memang takde dijual di kedai-kedai runcit atau di pasaraya besar sekalipun....harap maklum...
CARA-CARANYA :
1. Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven pada suhu 160'c selama 5 minit. Jangan sampai hangit pulak ye.
2. Satukan semua bahan di dalam bekas. Gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna.
3. Sediakan Loyang 14x14 inci dan alas loyang dengan 'baking paper'.
4. Panaskan oven pada suhu 160'c.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan nipis.
6. Bakar selama 10 minit. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan.
7. Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
* Suhu oven bergantung pada jenis oven ye...Pandai-pandai adjust sendiri.
SELAMAT MENCUBA!!!

BISKUT BADAM SALJU @ SNOW ALMOND COOKIES

Assalamualaikum...








Snow almond cookies pula kali ni...malaslah nak sembang banyak-banyak fokus terus pada bahan dan cara membuatnya ye...


BAHAN-BAHAN :

Bahan A
250gm butter
150gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
50gm serbuk badam


Bahan B
300gm tepung gandum cap ros
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung


Bahan C (topping)
coklat masakan
bread crumbs warna putih





CARA-CARANYA :

1. Pukul bahan A hingga berkrim.
2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh yang lembut.
3. Bentukkan kecil-kecil dan susun di atas dulang pembakar/Loyang.
4. Bakar 140'c selama 30 minit.
5. Biarkan biskut sejuk.
6. Cairkan coklat masakan secara 'double boiler'.
7. Celupkan biskut yang telah dibakar dan golekkan dengan 'bread crumbs'.
8. Biarkan coklat betul-betul mengeras barulah simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

BISKUT CHOCOLATE CHIPS FAMOUS AMOS

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barakah....






Jom berbiskut raya lagi...biskut chocolate chips ala2 chipsmore...Gaul2, lenyek2, bakar & siap.


BAHAN- BAHAN :

3/4 cawan butter
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan  gula perang
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A/B/C boleh je(* guna kuning telur je pun boleh. Saya guna dua2 sebab tak kan nak buang kot putih telur tu kan...tapi kalau putih telur tu ada untuk kegunaan lagi guna kuning telur
 jelah ye)
1/2 sk (sudu kfc)soda bikarbonat
1 sk (sudu kfc) baking powder
1 sudu makan emplek (kalau takde bubuh 1 sudu makan tepung beras)
1 sudu makan serbuk koko
1/2 cawan coklat chips
1/2 cawan badam cincang/badam keping
1 sudu kecil esen vanilla









CARANYA :

1. Ayak tepung gandum, emplek, soda bikarbonat dan baking powder.
2. Adun sebati butter, minyak masak, gula perang, gula kastor dan esen vanilla hingga sebati. Guna senduk kayu je.
3. Masukkan pula telur dan gaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan 1 cawan tepung yang telah di ayak tadi dan gaul lagi.
5. Selepas itu, masukkan pula 1 sudu makan serbuk koko dan lebihan tepung yang telah diayak tadi.
6. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan badam cincang/badam keping. Kalau masa ni susah dah nak gaul guna senduk kayu, uli je guna tangan. Adunan memang sedikit lembik.
7. Bubuh adunan di dalam plastik bag dan ikat ketat-ketat. Simpan di dalam peti ais selama 45 minit hingga 1 jam. Jangan letak adunan di dalam bahagian beku pulak ye tak pasal-pasal keras kejung macam batu pulak nanti. Hihi...
8.Dah cukup 1 jam, sudukan kecil-kecil di atas loyang/ dulang pembakar. Nak cepat cubit-cubit guna tangan ye..tapi pastikan tangan tu betul-betul bersih...Kalau nak berjualan better guna sarung tangan ye supaya kebersihan terjamin.
9. Pastikan jarak-jarakkan kedudukan biskut ye sebab biskut ni akan mengembang bila dibakar.
10. Panaskan oven 170'c selama 5 minit.
11. Bakar selama 25 minit api atas bawah ye. Letak di bahagian rak bawah sekali ye.
12. Biarkan sejuk dahulu barulah susun di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!!!

Rabu, 1 Jun 2016

BISKUT CREAM CHEESE

Assalamualaikum...






Cream cheese cookies.... Sedap, gebu dan lemak2 gitu almaklumlah bubuh cream cheese... Dijamin sedap...


Bahan-bahan:

1 ketul buttercup
125 gm cream cheese
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
225 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
2/3 cawan gula kastor
4 sudu makan susu tepung
Kuning telur
Parutan keju cheddar



Sebelum cookies dibakar






Caranya:
1.  Pukul gula & mentega hingga kembang.
2.  Tambah sebiji telur & esen vanilla.  Pukul lagi.
3. Masukkan krim cheese & susu tepung.  Pukul sebati.
4. Masukkan pula sedikit demi sedikit tepung gandum, tepung jagung & susu tepung. Uli hingga menjadi doh.
5.  Terap dengan acuan yang disukai. Sapukan kuning telur dan taburkan sedikit parutan keju cheddar.
6.  Bakar 150'c  25-30 minit.
7.  Biarkan sejuk & simpan di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!!!

BISKUT ALMOND CHOCOLATE STAR

Assalamualaikum & salam petang Rabu...







Kesibukan yang melanda ditambah dengan masalah modem internet... 2 bulan tak ber'tenet'... disebabkan itu jugalah blog ni lama tak diupdate... Alhamdulillah akhirnya settle juga masalah internet makanya operasi menurunkan resepi2 terpilih pun bermula...


Hihi... Panjang pulak pembukaannya ye... Sabar ye resepi2... Hampir 50 resepi bakal di update.. Especially resepi biskut raya... Almaklumlah... Tinggal beberapa hari je nak puasa..maksudnya raya dah dekatlah kan.. . Pastinya ramai yang tercari- cari resepi biskut raya yang mudah & sedap kan...

Jom... Kita terjah resepi biskut raya ni...  biskut coklat badam je... Tapi utk memberi effect yang sedikit abad ke-21 maka,  namanya diupgrade ke nama omputih skit ye...
Almond chocolate star cookies... Amacam sedap kan namanya...

Meh tengok resepinya sama2...

Bahan-bahan :
1)1 ketul buttercup
* harganya skrg fuh! hampir rm6 seketul...  jenama lain pun takpe... Sebab tu jangan heran nape harga biskut raya melambung2 ye... Nak jimat skit guna je marjerin sukatan 250gm tapi rasa biskut yang terhasil nanti kurang sikitlah ye...
2) 1 cawan gula kastor
3) 3 cawan tepung gandum
4) 4 sudu makan susu tepung
5) 1/2 cawan serbuk koko
6) 3 sudu makan tepung jagung
7) 1 sudu teh baking powder
8) 1/2 cawan serbuk badam
9) 1 biji telur

Caranya :
1.  Pukul butter & gula hingga kembang.
2.  Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan tepung gandum,  tepung jagung,  serbuk koko, susu tepung,  baking powder & serbuk badam sedikit demi sedikit.  Uli sebati hingga menjadi doh.
4.  Terap dengan acuan. Susun di dalam loyang pembakar. Kalau suka boleh sapu kuning telur di atasnya & tabur coklat rice.
5.  Bakar pada sudu 150'c selama 25 minit.
6.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!!!






Ahad, 5 Julai 2015

TART NENAS GULUNG YANG GEBU

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...





Hari ni nak berkongsi resepi tart nenas gulung yang sangat gebu...dahlah montok2, gebu pulak tu...memang puas makan lagi-lagi kalau buat sendiri...salah satu kuih kegemaran dan wajib buat kalau nak raya...


BAHAN-BAHAN :
200 gm butter
2 biji kuning telur (guna kuning telur je ye)
3 sudu makan gula ising
3 cawan tepung gandum/ 2 cawan tepung gandum + 1cawan tepung kastard
4 sudu makan tepung jagung


Untuk sapuan : sebiji kuning telur + sedikit pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air


INTI JEM NENAS
2 biji nenas
3/4 cawan gula pasir
-Blend nenas dengan sedikit air. Kacau hingga pekat dan kering.Sejukkan.
Gentel bulat-bulat untuk dijadikan inti tart.

# kalau nak lagi senang beli je inti jem yang dah siap...





CARANYA :
1. Gaul sebati semua bahan kecuali kuning telur hingga menjadi seperti serbuk roti.
 2. Masukkan pula kuning telur dan uli adunan hingga tidak melekat di tangan. 3. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tart gulung. Tekan lebih kurang 2 1/2 inci panjang.



4. Masukkan inti jem dan gulung kemas.


5. Sapukan dengan sapuan kuning telur.
6. Panaskan oven 150'c. Bakar 15 hingga 20 minit ikut oven masing-masing.
7. Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.



* Kalau adunan keras dan susah nak picit tambah sedikit mentega dan uli semula.

BISKUT PELANGI @ LIDAH KUCING PELANGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Ramai betul yang bertanya resepi biskut ni...biskut yang sangat comel dan cute...warna-warni gitu...sangat mengujakan terutama sekali kanak-kanak memang sangat menyukainya...biskut yang nipis dan rangup...kalau beli memang mahal jugak harganya kalau sebalang 50 keping tu... sebab membuatnya perlukan kesabaran...nak puas makan buat sendirilah ye...satu adunan boleh dapat 2 balang...




BAHAN-BAHAN:
1 ketul buttercup (250gm)
3 biji putih telur (ingat ye guna putih telur je)
1 cawan gula ising (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan tepung jagung - di ayak
2 cawan tepung gandum- diayak
pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru dan purple
piping beg
acuan biskut


acuan biskut pelangi


CARANYA :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
2. Masukkan pula putih telur dan putar lagi hingga gebu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.


4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan setiap bahagian warnakan merah, oren, kuning, hijau, biru dan purple.


5. Masukkan ke dalam piping beg.

6. Picitkan adunan ke atas acuan biskut.
7. Panaskan oven 150'c. Bakar biskut 10-15minit bergantung kepada oven masing-masing.(Saya bakar 10 minit je)
8. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam bekas kedap udara.


* Jangan bakar terlalu lama nanti warna biskut tak cantik.


BISKUT SEMPERIT YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum....










Alahai...raya tinggal beberapa hari lagi...maka ramailah yang sibuk membuat persiapannya...ada yang masih tercari-cari resepi biskut semperit...yang ini resepi yang paling mudah saya pernah try...Alhamdulillah menjadi... satu adunan boleh dapat 100+ lebih biji...dengan resepi ni jugak saya berbisnes biskut raya...memang puas hati...Jom intai resepinya...





BAHAN-BAHAN:

1 ketul mentega buttercup
1 cawan gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
ceri merah - potong kecil


CARANYA:
1. Pukul mentega dan gula hingga putih.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sebati menggunakan tangan.




4. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan semperit dan tekan menjadi bentuk bunga ke atas loyang. Hiaskan dengan ceri merah.


5. Panaskan oven 150'c. Bakar biskut selama 15-20minit hingga masak.
6. Sejukkan dan bolehlah disimpan ke dalam bekas kedap udara.




# Disebabkan membuat semperit ini agak lama jugak, kekadang adunan akan menjadi sedikit keras dan susah sikit nak picit jadi bunga...so, don't worry tambahkan saja sedikit mentega  ke dalam adunan dan uli semula. Bila dah lembut picit semula ke dalam acuan dan buat hingga habis.